KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan satu laman web khas bagi membolehkan orang awam membuat semakan terhadap setiap peniaga atas talian yang dikhuatiri pernah terbabit dalam transaksi penipuan.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman iaitu Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail, portal khas berkenaan diwujudkan bagi membantu orang awam daripada menjadi mangsa penipuan peniaga atas talian yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai boleh menyemak nombor telefon atau nombor akaun bank peniaga tersebut sama ada pernah mempunyai rekod dengan pihak polis ataupun tidak sebelum membuat sebarang urusan.”

Tambah PDRM melalui kenyataannya di Facebook, “Laman web yang boleh diakses melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ adalah platform membantu mengurangkan kes penipuan pembelian online. Sekiranya ada penipuan menggunakan akaun terbabit, ia akan dipaparkan di ruang carian.”

 

Kredit: Bernama

Pada masa yang sama, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh turut sempat mengingatkan orang ramai agar tidak memberikan kebenaran kepada orang lain untuk menggunakan nombor akaun bank anda.

Kredit: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police/Facebook

“Ini kerana terdapat kes peniaga online menggunakan akaun rakannya untuk membuat kerja penipuan dan akhirnya pemilik akaun yang ditangkap untuk siasatan lanjut.”

Berdasarkan laporan BH Online, ketika portal tersebut dilancarkan pada Ogos tahun lalu, ia telah dikunjungi oleh 47,000 pelawat dengan 25,000 carian akaun bank dibuat oleh pelayar internet.

Sumber: Free Malaysia TodayThe StarBH OnlineCyber Crime Alert Royal Malaysia Police/Facebook

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds