Sekali pandang wajahnya seperti pelanggan biasa yang sedang memilih pakaian untuk dibeli, tetapi sebenarnya wanita ini sangat licik apabila aksinya ketika sedang mencuri telah dirakamkan oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) sebuah gedung menjual pakaian di Johor Bahru.

Dalam rakaman video bertarikh 10 September ini, terlihat seorang wanita pertengahan umur yang menyamar seperti pelanggan biasa sedang melihat-lihat barisan pakaian di rak pakaian dalam premis menjual pakaian di gedung membeli-belah KSL City Mall, Johor Bahru.

Dalam masa beberapa saat, aksinya melurutkan pakaian daripada penyangkut pakaian satu demi satu ke dalam sebuah beg kitar semula berwarna hijau yang berada dipergelangan tangannya telah dirakamkan.

Dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku, wajah dan aksinya dengan selamba telah mengambil beberapa penyangkut pakaian yang telah kosong dan mengalihkannya ke rak pakaian yang lain.

Dalam masa yang amat singkat iaitu kurang dari seminit, wanita licik ini yang berlagak seperti pelanggan biasa, berpura-pura melihat-lihat pakaian lain di antara dua rak, sebelum mencuri dua helai pakaian lagi dan dengan pantas meninggalkan tempat kejadian.

Rakaman CCTV premis tersebut yang telah dimuat naik di halaman sosial Facebook ini telah mendapat lebih 30,000 tontonan sejak 11 September.

Lihat rakaman video wanita licik sedang mencuri pakaian dalam jangka masa kurang seminit di bawah:

Kredit : Fabrication About The PAP/ Facebook

Sumber : Fabrication About The PAP/ Facebook, SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds