Seperti mana yang kita sedia maklum, Taufan Jebi yang melanda Jepun sejak beberapa hari lalu telah pun menyebabkan beberapa angka korban dan ratusan lagi cedera. Taufan Jebi ini turut dilaporkan sebagai taufan yang paling dahsyat pernah melanda negara matahari terbit itu sejak 25 tahun yang lalu!

Kredit: @pur305/Twitter

Namun begitu, dalam kesibukan dunia untuk mengetahui status bencana tersebut, terdapat dua kisah menyentuh hati yang membuatkan ramai mengagumi kesungguhan lelaki ini dalam menjalankan tugasnya sebagai penghantar piza.

Kredit: Twitter

Keberanian, dedikasi dan rasa bertanggungjawab lelaki ini telah membuatkan para netizen di seluruh dunia melontarkan rasa kagum mereka terhadapnya.

Menurut laporan NextShark, ramai netizen yang memuji kesanggupan lelaki ini untuk keluar menghantar pesanan pelanggan meskipun badai sedang melanda. Tidak kurang juga ramai yang menghentam tindakan Domino’s kerana telah membahayakan nyawa pekerja masing-masing.

Kredit: Twitter

Namun begitu, meskipun sanggup keluar demi menunaikan tanggungjawabnya, pekerja ini tidak berjaya melakukan penghantaran apabila angin yang kuat terus menolaknya sehingga menyebabkan dia terjatuh bersama-sama motosikalnya!

Dapat dilihat menerusi video yang sedang tular, lelaki itu bergelut untuk bergerak menentang arus angin yang kuat. Akan tetapi akhirnya, dia terpaksa mengalah dan mencari tempat untuk berlindung.

Dalam satu lagi video yang dikatakan berlaku di Osaka, satu lagi insiden yang sama berlaku kepada seorang pekerja perkhidmatan penghantaran makanan yang sedang menaiki skuter.

Dilaporkan skuter yang ditunggangnya hilang kawalan akibat angin taufan. Bagaimanapun, pekerja berkenaan sempat mencari tempat perlindungan sementara di dalam sebuah blok apartment. Setelah keadaan menjadi sedikit reda, barulah pekerja tersebut meneruskan tugasnya untuk menghantar makanan ke lokasi yang telah ditetapkan.

Begitulah semangat dedikasi warga Jepun demi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Sumber: World of BuzzTwitterNextShark

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds