Kebanyakan isi rumah yang mampu memelihara haiwan peliharaan pasti akan memilih kucing atau anjing sebagai teman mereka di rumah. Haiwan peliharaan ini bukan sahaja comel tetapi akan membuat pemiliknya menjadi ceria dan terhibur.

videoPlayerId=3eef0d5ff

Ad will display in 09 seconds

Kita semua mengetahui kebolehan manusia yang mampu mempelajari dan memahami bahasa asing kedua selain bahasa pertuturan sendiri. Akan tetapi, tahukah anda haiwan juga mampu mempelajari bahasa asing kedua seperti kucing hitam yang kebosanan ini.

Dalam rakaman video, seekor kucing berwarna hitam berasa sangat bosan lalu memanjat ke tepi tingkap rumah sambil memandang ke luar. Tidak diketahui apa benda yang dilihatnya di luar tingkap itu, kucing hitam ini mula membuat bunyi menyalak seperti anak anjing!

Pemiliknya yang berada bersamanya amat terkejut, memikirkan anak anjing mana yang berada di dalam rumahnya. Rupa-rupanya si kucing hitam ini yang menyalak. Apabila pemiliknya yang terkejut dan menegurnya, kucing hitam yang pelik ini kembali menukar bunyi suaranya dengan mengiau.

Mungkin si kucing hitam ini berasa malu menunjukkan kebolehannya bertutur bahasa anjing, cepat sahaja dia menukar bunyi mengiau. Amat melucukan bagaimana si hitam ini pandai menyalak seperti anjing.

Kucing hitam ini mempunyai keupayaan luar biasa lebih daripada kucing biasa. Bijak dan mampu menghiburkan pemiliknya dengan kelakuan yang aneh.

Ramai pemilik kucing tidak menyukai memelihara kucing hitam kerana berpendapat kucing hitam berkait rapat dengan ilmu sihir atau ilmu hitam dengan membawa nasib malang, selain merasakan kucing hitam tidak berapa menarik dan cantik seperti baka kucing lain.

Namun, kajian oleh Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat menunjukkan kucing hitam merupakan baka kucing yang bijak, setia dan penyayang.

Sumber : 52food

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds