Gempa bumi yang melanda Pulau Hokkaido telah menyebabkan stesen jana kuasa Hokkaido mengalami kerosakan yang teruk sehingga menjejaskan bekalan elektrik di seluruh Pulau Hokkaido. Usaha membaik pulih bekalan elektrik dijangka akan mengambil masa selama lebih dari satu minggu sehingga ia kembali berfungsi dan pulih seperti biasa.

Kebanyakan kedai serbaneka dan pasaraya menjalankan operasi seperti biasa walaupun mengalami masalah gangguan bekalan elektrik. Ini telah membolehkan mangsa gempa bumi yang terlibat keluar membeli barangan keperluan asas dan makanan. Namun, bagi para mangsa yang sudah biasa menggunakan wang elektronik, mereka mengalami kesukaran kerana tidak dapat menggunakan sistem ini untuk membeli barangan keperluan.

Kredit: Japhub

Menurut sumber tempatan, seorang mangsa bencana gempa bumi Hokkaido telah berkongsi pengalaman dengan memuat naik satu mesej menyatakan bahawa dia kini sedang berada dalam satu situasi yang amat sukar. Katanya, oleh kerana sistem wang elektronik amat mudah digunakan di mana-mana, mangsa ini sudah biasa membuat transaksi pembayaran menggunakan aplikasi Apple Pay. Sehingga baru-baru ini, mangsa tidak lagi menggunakan dompetnya dan jarang membawa wang bersama.

Kejadian gempa bumi yang berlaku pada 6 September, jam 3 pagi telah menggegarkan Hokkaido sehingga menyebabkan bekalan elektrik telah terputus dan pemuda ini menjadi panik. Apabila dia membuka peti sejuk, bekalan makanan yang tinggal hanya susu dan mayonis. Jadi, pemuda ini telah bergegas ke kedai serbaneka untuk membeli barangan keperluan dan makanan. Apabila sampai di kedai tersebut, pemuda ini menyedari yang dia tidak mempunyai wang tunai bersamanya. Yang ada bersamanya hanya telefon pintar iPhone dengan bekalan bateri 62%. Pemuda ini melihat pada skrin aplikasi Apple Pay dengan wajah dan perasaan yang terdesak.

Kredit: Japhub

Bukan pemuda ini sahaja yang menjadi mangsa. Terdapat ramai lagi mangsa sepertinya, dan mereka juga menjelaskan mengalami kesukaran yang sama di dalam laman sosial Twitter. Mereka tidak mempunyai wang tunai untuk membeli makanan. Dikatakan terdapat kedai serbaneka 7-11 yang mempunyai simpanan bekalan elektrik kecemasan yang masih boleh mengaktifkan sistem wang elektronik.

Namun begitu, bekalan elektrik yang telah terputus di Hokkaido telah menjadi perdebatan netizen di media sosial dengan membincangkan persoalan, “Mampukah Jepun menggantikan sistem wang tunai dengan sistem wang elektronik?” Gempa bumi sering berlaku di Jepun dan kejadian gangguan bekalan elektrik juga akan sering berlaku. Apabila bekalan elektrik terputus, ia akan menyebabkan penggunaan wang elektronik tidak dapat berfungsi. Jadi, penggunaan wang tunai itu tidak boleh ditukar ganti dan ia masih relevan.

Kredit: Japhub

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Hal Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun pada 2015, purata warga Jepun yang menggunakan wang elektronik dalam urusan pembayaran masih rendah berbanding negara maju yang lain.

Sumber: Japhub

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds