Baru-baru ini, seluruh negara telah diberikan cuti umum yang panjang selama empat hari bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan juga Maal Hijrah.

Sempena dengan cuti panjang ini, majoriti rakyat Malaysia mengambil peluang dan kesempatan yang ada untuk pergi bercuti bersama keluarga tersayang. Antara lokasi yang sentiasa menjadi pilihan untuk menikmati percutian adalah seperti Cameron Highlands, Pulau Pinang dan juga Melaka.

Kredit: Facebook

Akan tetapi, pengalaman yang sepatutnya menjadi detik indah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila berlakunya kesesakan lalu lintas yang sangat teruk di beberapa kawasan pelancongan seperti yang telah disebutkan di atas.

Kredit: Facebook

Menurut laporan Sinchew, kesesakan trafik yang paling teruk berlaku di Cameron Highlands memandangkan rata-rata pengunjung membanjiri kawasan tanah tinggi itu untuk menikmati cuaca yang sejuk.

Kredit: Facebook

Tambahan pula, terdapat hanya satu jalan utama untuk menuju ke Cameron Highlands sekali gus menjadi faktor yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas ini.

Kredit: Facebook

Sementara itu di Melaka pula, kelihatan orang ramai mula membanjiri kawasan tumpuan utama di bandaraya bersejarah itu seperti di Jalan Jonker sehingga menyukarkan pemandu untuk melalui jalan raya.

Kredit: Sinchew

Malah, ada segelintir penduduk tempatan yang mengakui terpaksa ‘berkurung’ di dalam rumah semata-mata untuk mengelakkan kesesakan trafik yang teruk itu.

Kredit: Facebook

Di Pulau Pinang pula, kawasan tumpuan makanan dan pelancongan seperti di Bukit Bendera turut dipenuhi dengan lautan manusia yang mahu menikmati hidangan terkenal tempatan selain mendaki bukit untuk melihat pemandangan Pulau Pinang dari atas.

Kredit: Sinchew

Adakah anda juga merupakan salah seorang daripada mereka yang terperangkap dalam kesesakan trafik sepanjang minggu ini. Ayuh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.

Sumber: World of Buzz

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds