Cuaca di Malaysia yang selalunya panas adalah sesuai dengan masa untuk menikmati buah tembikai. Rasa buah tembikai yang kaya dengan jus yang segar dan sejuk pastinya akan memikat hati sesiapapun!

Hari ini, kami akan berkongsi beberapa informasi untuk membantu anda memilih buah tembikai yang cukup matang, manis, dan segar. Entri ini adalah sumbangan dari perkongsian pengguna-pengguna internet tentang cara pemilihan buah tembikai bagi mengelakkan pembaziran wang dan dalam masa yang sama dapat menjamin kenikmatan anda ketika menjamahnya.

Bukan itu sahaja, kami juga turut memberikan informasi bonus untuk anda di akhir entri ini. Ingin tahu? Mari mula membaca!

1. Kulit tembikai yang berwarna kuning adalah petanda tahap kepekatan nitrat yang tinggi.

Kredit: DOBRO/Pikabu

Nitrogen adalah elemen penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tumbuhan. Walau bagaimanapun, penanam tembikai cenderung melebihkan bahan ini dari jumlah yang sepatutnya kerana helah ini boleh membantu mereka untuk mendapatkan buah tembikai seberat 25 paun dalam masa 3 minggu sahaja. Memakan buah yang mengandungi kadar nitrat yang tinggi boleh menyebabkan keracunan makanan. Itulah sebabnya ketika memotong buahnya, perhatikan dahulu warna kulitnya – pastikan kulitnya tidak berwarna kuning, dan isinya tidak boleh mempunyai garis putih.

2. Semak untuk melihat jika kulit tembikai mempunyai lubang.

Kredit: walerius/Pikabu

Sesetengah orang percaya bahawa lubang pada kulit tembikai adalah kesan dari serangga dan bukannya dari jarum nitrat, tetapi sebaiknya, jauhilah buah-buahan yang mempunyai lubang-lubang sebegini pada kulitnya. Walaupun isi di dalamnya baik, namun sebahagian daripadanya tetap akan rosak akibat daripada lubang itu.

Kredit: walerius/Pikabu

3. Jangan makan tembikai yang mempunyai bahagian dalaman yang berlubang besar

Kredit: anaxeon/Pikabu

Pecahan dalam pulpa menunjukkan bahawa buahnya terlalu matang atau mengandungi hormon pertumbuhan. Buah tembikai yang terlalu matang cenderung menjadi sedikit pahit, sementara buah tembikai yang mengandungi hormon pertumbuhan boleh menyebabkan keracunan makanan. Itulah sebabnya lebih baik untuk tidak memakannya jika anda melihat buah dalam keadaan ini.

4. Masukkan sedikit bahagian isi buah tembikai ke dalam air sebelum makan

Kredit: HopeOfTheWorld/Pikabu

Anda boleh menyemak kepekatan nitrat dalam buah tembikai dan mengelakkan keracunan makanan dengan meletakkan sekeping kecil bahagian isi buah tembikai ke dalam air bersih pada suhu bilik. Jika buahnya berbahaya, air tersebut akan menjadi warna merah jambu yang terang (seperti di dalam gambar di atas) dan lebih baik sekiranya anda membuang tembikai itu.

5. Buah tembikai tidak seharusnya ringan apabila diangkat

Kredit: Brightside

Kadang-kala walaupun kulit buahnya kelihatan cantik dan halus, kulit yang berwarna kuning dan mempunyai ekor yang kering tidak dapat menjamin keenakan buahnya. Pastikan anda timbang dahulu berat buah tembikai sebelum membeli – buahnya harus padat dan berat. Sekiranya tiada alat penimbang di kedai, dengarkan kata naluri anda. Buah tembikai yang cukup matang agak berat apabila anda mengangkatnya.

Bonus: Cara memilih buah tembikai yang lazat

1. Pilih tembikai tanpa kesan-kesan terjatuh

Kredit: Umeloe TV/Youtube

Tembikai yang matang dan manis seharusnya mempunyai kulit yang berkilat, licin, dan bebas daripada kerosakan yang jelas kelihatan. Kesan yang terdapat pada kulit buah tembikai boleh disebabkan oleh kesan terjatuh. Proses kerosakan boleh berlaku dengan lebih cepat di tempat-tempat ini dan ada kemungkinan besar anda akan membuang seluruh tembikai kerana isi dalamnya sudah terkesan.

2. Anda tidak perlu takut dengan lubang kecil dan cetek pada kulit

Kredit: volschebnikVL/Pikabu

Seperti yang telah kami sebutkan tadi, ramai pengguna internet mengatakan bahawa lubang ini adalah kesan dari jarum penanam tembikai yang mereka gunakan untuk menyuntik tembikai dengan nitrat. Tetapi, jika lubang-lubang itu tidak terus ke dalam sehingga ke bahagian isi buah, maka anda tidak perlu takut kerana ini adalah kesan yang ditinggalkan oleh serangga dan mereka tidak menjejaskan kualiti mahupun rasa buah.

3. Apabila memilih tembikai, cari kesan ‘parut’ kuning yang kecil pada kulit

Kredit: retsevi86/Reddit

‘Parut-parut’ kuning pada kulit licin buah tembikai adalah kesan lebah yang ‘merasa’ isi buah. Ramai pengguna internet memeriksa dan memutuskan bahawa tembikai sebegini lazimnya adalah sangat manis.

4. Tembikai matang lazimnya mempunyai berat 9 lbs (4 kg) dan mesti mempunyai ukur lilit 25 inci atau lebih

Kredit: aberkadaber/Pikabu

Mengikut sebuah penerbitan pada tahun 1986 dalam majalah juruteknik muda Soviet, sebiji tembikai yang cukup matang seberat 4 kg mesti mempunyai ukur lilit 25 inci dan lebih. Pengguna internet memeriksa maklumat ini dan ternyata benar – tembikai dengan ukur lilit begini sememangnya ranum dan manis.

5. Ekor tembikai dan kawasan berkenaan seharusnya kering

Kredit: ktotud/Pikabu

Tembikai yang mempunyai ekor yang berwarna hijau dan segar menunjukkan bahawa tembikai itu tidak matang lagi. Pilih buah tembikai yang mempunyai ekor yang kering. Jika buah itu tidak mempunyai ekor, maka perhatikan kawasan yang seharusnya ada ekor berkenaan – ia harus berwarna coklat.

6. Pilih tembikai dengan kesan kuning yang terang pada kulit

Kredit: ultravioletultraviolence/Imgur

 

Kredit: ultravioletultraviolence/Imgur

Satu kawasan kuning pada kulit tembikai adalah bahagian di mana buah tembikai itu berbaring di atas tanah. Semakin lama ia masak di pokok, semakin manis isi buahnya. Buah tembikai yang masak lazimnya mempunyai satu bahagian yang berwarna kekuningan atau bahkan jingga-kekuningan.

7. Cuba elakkan membeli buah tembikai yang sudah dipotong

Kredit: Public Domain Pictures

Sebaiknya, beli tembikai yang masih belum dipotong kerana apabila buah telah dipotong dengan pisau, maka mikroorganisma dari bilah pisau akan memasuki buah. Mikroorganisma ini akan cepat membiak di dalam persekitaran yang manis dan hangat ini, terutamanya di bawah lapisan plastik lutsinar dan ini boleh menyebabkan jangkitan penyakit usus.

Bagaimana? Kini anda sudah arif dengan cara pemilihan buah tembikai yang bagus dan enak. Semoga berjaya dalam sesi membeli belah selepas ini!

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds