Sejak berumur 3 tahun lagi, gadis yang diberi nama Amelia Forman ini telah mula berinteraksi dengan haiwan peliharaan, bahkan juga dengan haiwan-haiwan eksotik. Ibunya, Robin Schwartz, merupakan seorang jurugambar berasal dari Amerika Syarikat, telah berjaya merakamkan beberapa foto istimewa Amelia dengan haiwan semenjak 12 tahun yang lalu.

Kredit: Elite Readers

Gambar Amelia yang pertama adalah pada tahun 2002 dengan seekor cimpanzi bernama Ricky. Ibunya telah menjalankan kerjasama dengan beberapa penjaga cimpanzi di mana ia membolehkan mereka mempunyai akses untuk berinteraksi bukan sahaja dengan cimpanzi berkenaan, malah dengan haiwan liar yang lain. Sejak itulah projek “Amelia bersama haiwan liar” dimulakan.

Robin berkata kematian ibu dan ibu mertuanya pada tahun 2002 menggerakkan hatinya untuk memulakan projek itu. Hasil gambar-gambar berkenaan pula akan diterbitkan khas kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan, Aperture Foundation, pada bulan hadapan. “Saya elak untuk terlalu memberi tekanan pada Amelia dan haiwan-haiwan itu semasa sesi pengambaran. Saya akan terus menangkap gambar sehinggalah Amelia atau haiwan tersebut mahu berhenti. Kita harus hormati mereka dan tidak memberi tekanan kepada sesiapa kerana hasilnya nanti akan jelas,” kata Robin.

Berikut merupakan antara hasil gambar Amelia dan haiwan yang berjaya dirakamkan oleh Robin:

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Kredit: Elite Readers

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds