Gempa bumi pada magnitud 6.7 skala richter yang melanda pulau Hokkaido pada Khamis, 6 September telah menyebabkan keseluruhan wilayah mengalami gangguan bekalan elektrik dan sistem pengangkutan yang terpaksa dihentikan. Setakat ini sekurang-kurangnya 9 orang telah terkorban, 29 mangsa hilang dan 300 orang telah tercedera.  Warga Hokkaido yang terjejas walaupun berada dalam keadaan yang sukar, tetap mengekalkan sikap terpuji mereka untuk diperlihatkan kepada dunia.


Kredit : Taiwan Girl’s Hokkaido Living / Facebook

Sebuah pasaraya besar di Sapporo telah menurunkan harga barangan keperluan asas seperti air dan mi segera kepada harga serendah RM 3.75 kepada penduduk tempatan dan orang awam yang terjejas dengan bencana alam ini. Orang ramai mengambil kesempatan ini untuk membeli barangan keperluan asas yang diperlukan yang boleh bertahan selama dua atau tiga hari. Warga Hokkaido beratur panjang dengan sabar walaupun mereka telah menunggu sejak dari awal pagi di hadapan pasaraya tersebut.

Kredit : Reuters/ European News Agency

Menurut seorang warga Taiwan yang tinggal di Hokkaido yang merakamkan situasi ini, bekalan gas turut terhenti ekoran gempa yang kuat, dan selepas itu bekalan air juga turut terjejas dengan bekalan elektrik yang hanya dijangka akan pulih selepas tiga hari atau lebih. Ramai warga Hokkaido yang berasa risau lalu mereka telah keluar membeli keperluan asas seperti air dan makanan untuk simpanan selama beberapa hari.

Wanita ini menambah, pada mulanya kedai serbaguna telah dibuka buat sementara dan ia telah dipenuhi pelanggan sehingga segala stok bekalan air dan makanan telah kehabisan. Kemudian, salah sebuah pasaraya besar di Sapporo telah mengumumkan harga murah bagi barangan keperluan kepada orang awam seperti air mineral dan mi segera dengan harga serendah RM 3.75.

Kredit : Reuters/ European News Agency

Dalam rakaman video yang dimuat naik di halaman Facebook, orang awam tidak panik dan telah beratur dengan sabar untuk mendapatkan giliran mereka untuk membeli air dan makanan serta barangan keperluan lain. Barisan orang awam yang menunggu itu amat panjang sehingga beberapa ratus meter panjang. Namun mereka tetap sabar menunggu giliran dengan berdisiplin dan sopan. Seorang pekerja berkata, keadaan berada dalam situasi yang terkawal dan tiada berlaku kekacauan.

Dalam situasi bencana yang amat sukar dan mencabar, sekali lagi warga Jepun telah memperlihatkan kepada dunia bahawa mereka adalah warga yang amat berdisiplin dan menjaga kesopanan serta berjiwa kental dalam apa sahaja situasi yang melanda.

Lihat video di bawah.


Kredit : Taiwan Girl’s Hokkaido Living / Facebook

Sumber : China Press , Sinchew

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds