Terbaru, tular satu video sangat luar biasa di internet yang memaparkan bagaimana sebongkah batu misteri boleh mencairkan sebatang paku!

videoPlayerId=bd9e72380

Ad will display in 09 seconds

Klip video ini telah dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan bermacam-macam reaksi daripada netizen. Video berjudul ‘Penemuan Batu Aneh Yang Boleh Mencairkan Logam’ ini telah dimuat naik oleh The Hidden Underbelly dan berjaya membuatkan penonton tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku.

Menurut pengguna The Hidden Underbelly, batu berwarna hitam yang aneh itu telah ditemui oleh seorang askar di Myanmar. Askar berkenaan mendakwa bahawa dia sedang duduk bersebelahan dengan batu berkenaan dan menyedari pistolnya mulai mencair.

Ramai yang tertanya-tanya dan ada juga yang muncul dengan pelbagai pandangan serta teori masing-masing. Misalnya seorang pengguna YouTube dikenali sebagai Emilis Nelius memberi komen:

“Ini adalah peninggalan masyarakat dari tamadun purba.”

Namun begitu, terdapat beberapa fakta yang turut dirungkaikan oleh netizen. Alex Kasprak menyatakan bahawa cecair besi mahupun logam akan bertukar menjadi warna kemerahan apabila mencair. Berbeza dengan paku di dalam video tersebut, ianya kekal berwarna perak semasa sedang mencair.

Kredit: Business Insider

Justeru, pakar mendedahkan bahawa kemungkinan besar paku tersebut diperbuat daripada sejenis bahan yang dikenali sebagai gallium. Gallium adalah logam lembut yang kelihatan sama seperti aluminium dan biasa digunakan di dalam litar elektronik.

Fakta menarik mengenai gallium, ianya akan kekal dalam bentuk pepejal ketika berada di suhu bilik tetapi akan menjadi begitu lembut sehingga boleh dipotong dengan pisau.

Gallium juga mencair pada suhu 29.8°C. Dalam erti kata lain, ianya akan terus mencair sebaik sahaja anda menyentuhnya dengan tangan anda.

Kredit: DIYKits

“Paku itu mungkin diperbuat daripada gallium. Malah, jika anda menghasilkan logam yang diperbuat daripada 75% gallium dan 25% indium, ia akan mencair pada takat 15 darjah. Ini bermakna anda boleh mencairkannya pada batu,” ujar Profesor Sir Colin Humphreys dari Universiti Cambridge.

“Ia bukanlah satu misteri, sains boleh menjelaskannya.”

Sumber: Daily Mail, BLesINSPIRADOR

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds