Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan, bakat dan keupayaan tertentu. Ada yang cerdik dalam bidang akademik, ada yang lebih cenderung ke arah bidang kesukanan dan ada juga yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni reka.

videoPlayerId=3cacf61c9

Ad will display in 09 seconds

Baru-baru ini, Kelly telah memuat naik satu video yang memaparkan persembahan melucukan daripada anak perempuannya di sekolah sempena sambutan Hari Natal.

Dalam kapsyen video tersebut, Kelly menulis:

“Ini adalah anak perempuan saya semasa konsert Hari Natal di sekolahnya. Bolehkah anda teka apa yang dia lakukan? Beritahu saya jika anda dapat melihat bakat semulajadi bintang ini.”

Ketika di awal lagu ‘Blitzen’s Boogie’ dimainkan, anak Kelly yang kelihatan menyerlah di dalam gaun merah telah menunjukkan semangat yang berkobar-kobar berbanding rakan sekelasnya yang lain.

Apabila dia mula menyanyi, seluruh penonton menjadi semakin terhibur apabila kanak-kanak ini melakukan sesuatu yang sangat dramatik!

Dia kelihatan sangat yakin berada di atas pentas dan langsung tidak menunjukkan rasa gentar. Sebaliknya, kanak-kanak ini memberikan apa yang terbaik untuk hiburan para penonton.

Selain daripada gerak tarinya yang ‘mengancam’, ekspresi wajah si kecil berbakat besar ini juga sungguh memukau. Dia kelihatan begitu serius, yakin dan ingin membuktikan kepada dunia bahawa dia mahu menghiburkan semua orang.

Video tersebut dikatakan telah mendapat tontonan sehingga melebihi 17 juta kali dan membuatkan ianya menjadi tular!

Sumber: BLes Inspirador

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds