Setiap negara mempunyai identiti makanan yang tersendiri. Mungkin kita membezakan sesuatu negara atau kawasan berdasarkan budaya masing-masing yang tersendiri. Namun hakikatnya, masakan atau hidangan unik yang ada pada sesuatu tempat itu turut mendapat perhatian ramai terutamanya pelancong. CNN Travel telah menyenaraikan 50 makanan terbaik di dunia dan percaya atau tidak, makanan kegemaran rakyat Malaysia termasuk di dalam senarai 10 makanan terbaik di dunia! Menakjubkan bukan?

Nak tahu makanan apa? Jom kita tengok 10 makanan terbaik di dunia.

10. Chicken Muamba, Gabon, Afrika

Kredit: Flickr

Resipi hidangan Chicken Muamba yang berasal dari Gabon, Afrika ini terdiri daripada ayam, cili pedas, bawang putih, tomato, lada, garam, okra dan mentega sawit. Chicken Muamba akan memaksa anda untuk tidak berhenti memakannya kerana dikatakan sangat lazat.

9. Ais Krim – Global

Kredit: CNN.com

Tiada siapa yang akan menyangkal bahawa ais krim merupakan makanan yang sangat menyelerakan, lagi-lagi dimakan sewaktu cuaca panas! Dengan kepelbagaian perisanya, tidak hairanlah kenapa ais krim tersenarai di tangga ke-9 makanan terbaik di dunia.

8. Tom Yum Goong, Thailand

Kredit: Fish & Tips

Makanan yang berasal dari Thailand ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Gabungan udang, cendawan, tomato, serai, lengkuas dan daun limau purut pasti menaikkan selera anda. Juadah ini biasanya dihidangkan dengan susu santan dan mempunyai rasa yang memikat selera iaitu masam, masin, pedas dan manis. Yang terbaik hidangan ini boleh didapati dengan harga yang murah.

7. Asam Laksa, Pulau Pinang, Malaysia

 

Kredit: Season with Spice

Siapa yang sangka makanan kegemaran rakyat Malaysia ini  tersenarai di tangga ke-7 makanan terbaik di dunia. Pulau Pinang sememangnya sangat terkenal dengan pelancongan dan pernah muncul sebagai antara 10 lokasi pilihan terbaik dalam majalah Condé Nest Traveller. Malah, ia juga muncul sebagai penyumbang kepada 40 peratus ekonomi negeri.

6. Hamburger, Jerman

Kredit: CNN.com

Hamburger merupakan makanan paling terkenal di Jerman. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa hamburger berasal dari Amerika Syarikat. Meskipun begitu, perkataan ‘hamburger’ dikatakan berasal dari perkataan ‘steak Hamburg’ yang biasa disajikan di Hamburg pada abad pertengahan ke-19.

5. Peking Duck, China

Kredit: Quora

Perapan pada bahagian luar kulitnya adalah dikatakan resipi rahsia yang dipanggang secara perlahan-lahan di dalam ketuhar. Peking duck atau itik panggang akan disajikan dengan sayur-sayuran yang dicincang, dimakan bersama sos manis.

4. Sushi, Japan

Kredit: edition.cnn.com

Sushi merupakan salah satu makanan tradisional yang paling popular di Jepun, dan kini turut digemari di seluruh dunia. Sushi diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut, sayur-sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam.

3. Coklat, Mexico

Kredit: Cafe Doanh Nhân

Menurut Pakar Kimia Jerman, Justus Von Liebig – “Coklat merupakan makanan yang sempurna, disebalik rasanya enak, ia juga kaya dengan nutrisi tambahan yang mampu memulihkan tenaga. Tidak hairanlah ia disebut sebagai pendamping terbaik setiap orang”

2. Pizza Neapolitan, Itali

Kredit: CNN.com

Pizza Neapolitan hanyalah pizza yang ringkas dengan menggunakan beberapa bahan seperti doh, tomato, minyak zaitun, garam dan daun herba tetapi keenakkannya terbukti apabila diiktiraf sebagai warisan dunia oleh United Nations Educational Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Jadi tidak hairanlah kenapa Pizza Neapolitan berjaya berada di tangga kedua makanan terbaik di dunia.

1. Kari Massaman, Thailand

 

Kredit: hailand-news.ru

Bagi anda yang suka makan masakan Thai dan sering berkunjung ke restoran Thai atau selalu melancong ke Thailand pasti anda pernah merasa atau mendengar mengenai masakan ini kerana kari massaman merupakan salah satu masakan yang sangat popular di Thailand. Masakan ini dikatakan sangat unik dan cara memasaknya juga agak rumit berbanding masakan Thai yang lain. Ini bukan kali pertama kari massaman menduduki tangga teratas dalam senarai makanan terbaik di dunia oleh CNN.

Sumber : CNN Travel

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds