Kita semua pasti pernah terfikir untuk hidup di zaman kewujudan dinosaur dan melihat sendiri bagaimana haiwan purba ini hidup pada waktu itu.

videoPlayerId=559dd97f3

Ad will display in 09 seconds

Namun, setelah melihatnya di filem, kita akan menarik balik angan-angan tersebut dan bersyukur kerana tidak dilahirkan semasa zaman dinosaur! Sememangnya ia adalah satu idea yang sangat menakutkan…

Tetapi apakah perasaan anda jika anda diserang oleh dinosaur secara tiba-tiba di zaman yang serba canggih ini?

Bayangkan semasa anda sedang bersiar-siar seorang diri, secara tiba-tiba anda melihat ada pergerakan di sebalik kawasan semak. Tanpa semena-mena, muncul seekor dinosaur dari hadapan dan terus mengejar anda!

Terkejut, kaku, menggeletar, mahu menjerit sekuat hati, menangis dan bermacam-macam lagi emosi akan muncul sekali gus pada waktu itu..

Lelaki ini sampai terjun ke dalam sungai semata-mata untuk mengelakkan daripada menjadi ‘hidangan makan malam’ dinosaur itu!

Memang benar-benar menggerunkan! Prank yang sangat menjadi!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds