Boleh dikatakan bahawa semua orang sukakan madu. Walaupun ia melekit, namun rasanya sedap dan penuh berkhasiat. Tidak hairanlah ia sering kali menjadi pilihan orang ramai untuk dimakan bersama roti, bahan perapan dan sebagainya. Namun, anda harus berhati-hati kerana wujudnya madu tiruan di pasaran tempatan dan sudah pasti ia cukup bertoksik!

Ia dihasilkan dengan mengutip dan menuai madu yang belum matang di mana ia mengandungi kadar air yang tinggi, mengeringkannya kemudian membuang resin dan menambah sirap murah. “Ia ternyata tidak mencapai tahap madu yang berkualiti”, kata Norbeto Garcia selaku presiden International Organization of Honey Exporters (IHEO).

Ilustrasi – Getty Images | Westend61

Penambahan sirap murah yang dimaksudkan itu terdiri daripada sirap jagung fruktosa tinggi dan gula tebu. Umumnya, sirap jagung berkenaan merupakan antara bahan yang perlu dielakkan bagi mengelakkan penyakit diabetes, sakit berkaitan jantung dan kenaikan berat badan. Apa yang menjadikan HFCS produk yang tidak sihat adalah bahawa ia dimetabolismakan kepada lemak dalam tubuh anda jauh lebih cepat daripada gula lain.

Walaupun China adalah pengeluar madu terbesar di dunia, satu fenomena ganjil telah jelas berlaku.

Walaupun peningkatan hanya 21 peratus dalam sarang lebah, populasi lebah China berkurang dengan cepat disebabkan oleh penggunaan racun perosak yang sangat meluas, serta pencemaran yang disebabkan oleh kilang-kilang. Lebah diancam kepupusan di China, dan bunga mestilah disebarkan dengan tangan oleh manusia. Pencemaran terhadap alam sekitar telah menjadi sangat buruk, dan ahli politik Parti Komunis China hanya mendiamkan diri.

Apa yang peliknya, populasi lebah yang menurun tidak selari dengan pengeluaran madu lebah di China yang agak tinggi. Menurut maklumat dari Food and Agriculture Organization of the United Nations, China menghasilkan 461,431 tan madu pada tahun 2013 kemudian meningkat sebanyak 13,355 pada tahun 2014, kemudian 488,726 pada tahun 2015 dan 502,261 pada tahun berikutnya.

Bagaimanakah China dapat menghasilkan lebih banyak madu daripada populasi lebah mereka yang semakin menurun dan tidak selari dengan pengeluaran madu lebah?

Biofuel or Corn Syrup

Ilustrasi – Getty Images | Bill Oxford

Rahsianya, pengeluar madu dari China menggunakan sirap daripada beras yang sukar untuk dikesan, di mana ia ditambah pada madu untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda.

“Tiada cara untuk menguji keaslian madu kerana kerana terdapat begitu banyak cara pemalsuan,” kata Dr. Stephan Schwarzinger, seorang profesor biologi struktur di Universiti Bayreuth.

“Lebih daripada tiga perempat daripada madu yang dijual di kedai runcit Amerika Syarikat bukanlah madu lebah yang asli,” kata Andrew Schneider di dalam artikelnya yang bertajuk ‘Tests Show Most Store Honey Isn’t Honey‘.

Untuk melarikan diri daripada tarif berat yang dikenakan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat pada madu mereka, pengeluar jahat dari China itu akan mengalihkan semula produk mereka melalui negara-negara dunia ketiga dan Asia, di mana ia mengalami ultrafiltrasi untuk menghilangkan jejak debunga yang mungkin mendedahkan negara asalnya. Ia kemudian dicairkan atau dipotong dengan pemanis murah, dilabelkan semula, dan dieksport ke seluruh dunia.

Bee Farming

Ilustrasi – Getty Images | Monthon Wa

Mark Jensen, selaku presiden Persatuan Pengeluar Madu Amerika berkata, “Penghapusan semua debunga hanya boleh dicapai dengan penapisan ultra dan proses penapisan ini tidak menghasilkan apa-apa tetapi menelan kos dan mengurangkan kualiti madu.” Dia menambah, “Pada pendapat saya, madu ditapis yang berada di rak-rak kedai adalah madu China dan ia memasuki negara secara haram dan melanggar undang-undang persekutuan.”

Namun, masalah madu bukan sahaja berlaku di Amerika Syarikat. Seorang penternak lebah madu di Australia, Simon Mulvany telah melancarkan kempen media sosial terhadap Capilano, pengeluar madu terbesar di Australia. Tindakan penternak lebah tersebut telah mengundang kemarahan Capilano kerana mendakwa syarikat pengeluar tersebut menjual madu import “bertoksik”, dengan pelabelan yang mengelirukan.

“Yang paling mengejutkan, Capilano mengeksport madu Capilano yang telah dipalsukan dan dicampur dengan madu China dan menjualnya ke negara-negara di Timur Tengah,” kata Mulvany. “Capilano Honey berniat untuk menyaman saya dan menyuruh saya menarik semula kenyataan yang saya katakan secara terbuka serta tidak membenarkan saya mengeluarkan kenyataan seperti itu lagi.”

selection of honey at display

Ilustrasi – Getty Images | Frank Rothe

Dan Mulvany mahu menyaman semula Capilano

Ketua Pegawai Eksekutif Capilano, Ben McKee memberitahu ABC News, “Walaupun semua jenama madu Capilano dibuat daripada 100 peratus madu asli Australia, syarikat ini mengimport beberapa madu daripada pembekal antarabangsa yang bertauliah untuk digunakan dalam jenama tambahan seperti Allowrie.”

PLEASE HELP!Friday 20 July, I represented myself against big company Capilano Honey Ltd in the Supreme Court of…

Posted by Save the Bees Australia on Friday, July 20, 2018

Walau bagaimanapun, ramai penternak lebah madu telah menyatakan sokongan mereka kepada Mulvany.

“Mereka mengatakan bahawa perkara seperti ini harus dibanteras supaya industri madu lebah dapat diperbaiki,” kata Mulvany. “Ramai penternak lebah madu menyalahkan penyakit yang merebak seperti American foulbrood adalah disebabkan oleh madu yang diimport. Madu yang diimport boleh menyimpan bakteria hidup yang boleh menular dan menyebabkan penyakit terhadap lebah madu Australia.”

“Reputasi Australia telah terjejas,” kata Mulvany kepada The Australian Financial Review. “Kami menegaskan supaya negara asal pengeluaran madu dinyatakan pada label, jadi kita akan tahu sama ada ia campuran atau tidak, kita hanya perlu tahu negara apa yang dinyatakan di labelnya.”

Posted by Simon Mulvany on Friday, April 1, 2016

Mulvany berkata bahawa perkara yang lebih serius adalah bahan “madu” palsu China yang diimport dari China dilabel sebagai “madu” telah terbukti menjejaskan kesihatan.

“Capilano licik, ia menjual madu palsu di bawah jenama Allowrie, Smiths, Barnes dan Wescobee. Capilano mengimport madu Argentina dari tumbuhan heliotrope yang dapat membawa akibat buruk kerana mengandungi alkaloid,” tulis Mulvany di Facebook.

“Madu pasaraya yang murah mempunyai potensi untuk menyebabkan masalah hati dan merosakkan industri madu lebah. Media Fairfax melaporkan sampel campuran madu Australia mengandung kadar alkaloid yang tinggi dan berbahaya.”

Sementara itu, Coles, rangkaian pasar raya terbesar Australia, telah membuat keputusan untuk keluarkan jenama madu yang diimport, Allowrie, dari raknya. Allowrie dikatakan mengandungi sehingga 70 peratus madu import, terutamanya dari China dan Argentina.

Pengusaha madu lebah New South Wales, Kieren Sunderland berkata sukar untuk bersaing dengan madu import, dan mengalu-alukan langkah Coles.

Namun, pasar raya gergasi Australia yang lain, Woolworths, tidak akan mengikutinya, dan akan menjadikan produk berjenama Allowrie di rak mereka sebagai pilihan “madu” yang lebih murah.

Mulvany menentang Capilano di  Mahkamah Agung Victorian pada 20 Julai – ‘Satu situasi David dan Goliath!’, tersebutlah apa yang ditulis oleh Margaret Hurley pada laman GoFundMe Mulvany. Sejak itu belum lagi ada kemas kini pada kes tersebut.

Amat dikesali madu yang digemari ramai telah menjadi salah satu makanan yang paling banyak dipalsukan di dunia. Semoga industri tersebut boleh diperbetulkan demi masa depan industri penternak lebah madu.

Sumber: NTD

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebenaran KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds