OSAKA – Taufan Jebi yang melanda Jepun pada Selasa lalu dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan 200 mangsa sekali gus disahkan sebagai taufan terkuat yang pernah melanda negara Asia Timur itu sejak tahun 1993.

Kredit: CNN/Facebook

Kredit: BBC

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), taufan yang mempunyai kelajuan angin sehingga 216 kilometer sejam itu telah mengakibatkan kerosakan teruk bukan sahaja kepada premis perniagaan tetapi juga perumahan.

Kredit: RT

Berikutan itu, JMA telah mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut kuat kepada hampir 300,000 penduduk terutamanya di kawasan timur dan barat Jepun. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada akan risiko berlakunya banjir serta tanah runtuh.

Kredit: BBC

Bencana taufan paling teruk ini turut menyebabkan lebih 600 penerbangan tempatan dan antarabangsa dibatalkan. Di samping itu, perkhidmatan kereta api laju, Tokaido Shinkansen dan Sanyo Shinkansen turut dihentikan buat sementara waktu manakala beberapa bahagian lebuh raya utama dan operasi taman tema Universal Studio di Osaka turut ditutup.

Kredit: BBC

Menurut laporan BH Online, Jebi yang merujuk kepada ‘telan’ di dalam bahasa Korea merupakan fenomena cuaca buruk terbaru yang melanda Jepun pada musim panas kali ini selepas hujan lebat, tanah runtuh, banjir dan musim panas melampau sehingga meragut nyawa.

 

Kredit: BBC

Taufan Jebi ini melalui bahagian barat Jepun dan melanda pulau terkecil iaitu Shikoku sekitar waktu tengahari pada Selasa lalu (waktu tempatan) sebelum beralih arah ke Honshu dan Osaka. Kekuatan taufan ini juga dijangka akan menjadi lemah sementara ia terus bergerak ke bahagian utara.

Kredit: EWN

Sumber: BBCBH OnlineAstro AwaniCNN/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds