Seorang rakyat Malaysia menjadi tular bukan sahaja di seluruh negara tetapi juga seantero dunia kerana mempamerkan hobi yang sangat luar biasa menarik dan juga kreatif!

Lelaki dikenali sebagai Wire Hon ini sering memuat naik gambar beliau bersama koleksi patung adiwira dari Marvel dan DC Comics yang ditangkap dengan menggunakan telefon pintar sahaja.

Bagaimanapun, dengan menggunakan sudut yang kreatif, hasil gambar-gambar yang diambil sangat mengagumkan dan membuatkan kesemua anak patung itu kelihatan seperti adiwira sebenar yang ‘hidup’!

“Semua orang memerlukan hobi…”, itulah ungkapan yang dikatakan oleh Wire Hon apabila beliau memutuskan untuk melakukan sesuatu yang menyeronokkan!

Wire Hon turut melibatkan seluruh keluarganya termasuk isteri dan anak-anak di dalam hobinya yang unik dan kreatif ini…

Lihatlah bagaimana patung-patung ini kelihatan seperti bersaiz manusia? Sedangkan hakikatnya, ia sama seperti patung-patung biasa yang anda boleh temui di pasaran.

Kadangkala, Wire Hon turut mempamerkan adegan yang melucukan dan tahap kreativitinya benar-benar membuatkan netizen sentiasa mahukan karya-karya baharu darinya.

Lihat gambar lucu Wire Hon dan keluarganya di bawah:

Sumber: Bored Panda, wirehon/Instagram

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds