KUALA LUMPUR: Tasik Titiwangsa akan ditutup kepada orang ramai selama satu tahun dari Sabtu (1 Sept), untuk kerja-kerja menaik taraf sebagai sebahagian daripada projek River of Life.

Kredit: AZMAN GHANI/The Star

Menurut kenyataan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), taman popular itu mula ditutup secara berperingkat sejak 14 Mei tahun ini.

“Penutupan itu adalah untuk membolehkan kerja menaik taraf pada kemudahan untuk keselesaan pelawat pada masa akan datang.

“Sehingga 1 September, Tasik Titiwangsa akan ditutup sepenuhnya kepada orang awam kecuali laluan untuk berjogging,” kata kenyataan tersebut, sambil menambah bahawa orang awam perlu menjaga keselamatan mereka semasa berjogging di kawasan itu.

Taman tersebut dijangka akan dibuka semula pada Nov 2019.

Pelaksanaan projek River of Life bertujuan untuk mengubah Sungai Klang menjadi kawasan air yang vibrant (bersemangat) dan liveable (sesuai didiami), tapi pada masa sama memiliki nilai ekonomi yang tinggi.

Projek ini, yang meliputi 110km, merupakan Projek Titik Masuk yang dikenal pasti di kawasan ekonomi utama negara Greater Kuala Lumpur/Klang Valley di bawah Program Transformasi Negara.

Sumber: The Star

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds