Pada 29 Ogos, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang telah menganjurkan lelongan kereta tahunan mereka dan semua kenderaan dijual dengan harga yang sangat murah!

Menurut Sinar Harian dan Sinchew, sejumlah 54 orang menghadiri lelongan tersebut dan 34 buah kenderaan telah dijual, termasuk 21 motosikal, 10 kereta dan tiga lori. Lelongan yang paling menarik perhatian adalah lelongan sebuah kereta Mercedes Benz.

Kredit: Sinchew

Dilaporkan bahawa harga permulaan bagi kereta Mercedes tersebut ditetapkan pada harga RM1,000 tetapi tiada siapa yang menunjukkan minat terhadapnya mungkin kerana keadaannya. Selain itu, kereta tersebut mempunyai enjin berkapasiti 3,000cc yang mungkin menyebabkan tiada pembida yang berminat kerana cukai jalan untuk kereta itu akan menelan kos RM2,130 setahun.

Akhirnya, kereta Mercedes itu diberi diskaun 50 peratus dan seorang lelaki membelinya dengan hanya RM500. Orang yang sama juga membeli Proton Wira (1,300cc) dengan hanya RM500. 

Kredit: Sinchew

Selain Mercedes, Toyota Camry tahun 2004 dijual pada harga RM3,550, yang merupakan tawaran tertinggi hari tersebut. Sementara itu, Yamaha Ego dijual pada harga RM2,050 kerana plat nombornya yang unik dan menarik – WGB 666.

Pengarah JPJ Pahang, Mohamad Abdullah berkata lelongan tahunan biasanya dilakukan pada bulan November tetapi diawalkan ke Ogos tahun ini (2018). Semua kenderaan yang dilelong telah dirampas oleh JPJ dan beberapa daripadanya tidak didaftarkan, cukai jalan yang sudah tamat tempoh, atau dipandu tanpa lesen memandu.

Sumber: SinchewSinar Harian

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds