Sekawanan angsa mendedahkan cara mereka yang luar biasa untuk menghadapi ribut hujan batu tanpa kecederaan. Rakaman video yang luar biasa dirakam oleh penduduk Scarborough, Ontario, Kanada.

videoPlayerId=5dbce22ae

Ad will display in 09 seconds

Wilayah Kanada telah menerima iklim cuaca yang pelik pada musim panas ini, dari banjir kilat sehingga hujan ais lebat.

Semasa hujan lebat pada 26 Julai 2018, Marlon Inniss menyaksikan pemandangan luar biasa. Di sana, ketika ribut hujan batu sedang berlaku terdapat kawanan angsa Kanada dengan kepala mereka menghadap ke langit sambil tersentak oleh hujan ais.

Melihatkan paparan video tersebut, sebahagian angsa itu berdiri dan juga duduk, tetapi kepala mereka semua mendongak ke atas.

Mereka semua menghalakan kepala mereka ke atas langit untuk mengelakkan diri daripada kecederaan kepala ataupun kecederaan pada paruh mereka yang sensitif. Seperti mana kita melihat, nampaknya haiwan lebih bersedia menghadapi situasi sebegini.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds