Semua orang tahu bahawa bumi yang dipijak memang keras, itu memang fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Namun, tahukah anda bahawa terdapat kawasan di muka bumi ini yang sebenarnya hanya keras di luar sedangkan dalamnya terkandung cecair?

videoPlayerId=67fcf605d

Ad will display in 09 seconds

Hal ini menyebabkan kawasan tersebut beralun-alun apabila ada sesuatu yang bergerak di atasnya. Boleh anda bayangkan bagaimana? Ibaratnya anda sedang berjalan di atas tilam yang berisi air, beralun dan tidak seimbang.

Lihat sahaja video yang dirakam di Kitimat, British Columbia, Kanada pada 20 Ogos yang lalu. Ketika itu kerja-kerja membajak sedang dijalankan dengan menggunakan jentolak.

Peliknya, permukaan atasnya kelihatan keras tetapi apabila pemandu jentolak menghentak permukaan tanah dengan penggali jentolak, tanah tersebut beralun-alun dan bergelora. Seperti terdapat cecair di bawah bahagian tanah di situ.

Punca kejadian ini masih belum disahkan. Mungkin ia adalah proses “pencairan tanah” yang boleh menyebabkan tanah menghasilkan pergerakan bergelora. Aneh bukan? Sungguh alam semula jadi memang penuh dengan misteri!

Sumber: BLesINSPIRADOR

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds