Kadangkala, kita gemar untuk membaca kisah benar dan pengalaman yang dilalui oleh orang lain sebagai sumber inspirasi dan kekuatan untuk kita sentiasa bersyukur dengan kehidupan ini dan menempuhinya dengan gagah.

Ini adalah kisah mengenai Patrick ‘Blake’ Leeper, seorang atlet paralimpik dari Amerika Syarikat yang sentiasa mengungguli dalam acara trek dan padang sejak dia mula menyertainya pada tahun 2011.

Kredit: Facebook

Namun apa yang menarik adalah, Blake dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki! Sejak berusia 9 bulan lagi, Blake telah menggunakan kaki palsu yang dipasang dari paras lututnya. Dengan adanya kaki palsu ini, Blake boleh menyertai pelbagai jenis aktiviti sukan kegemarannya seperti bola keranjang, besbol dan sebagainya.

Tetapi sewaktu bermain besbol, pernah berlaku satu kejadian yang langsung tidak disangkakan oleh sesiapa pun…

Kredit: Facebook

Blake berjaya memukul bola ‘home run’ dan terus menerima pujian serta sorakan daripada kesemua ahli pasukannya. Malah, bapanya yang berada di tapak ketiga turut bersorak dan memberikan semangat kepada Blake untuk meneruskan larian sehingga tapak yang terakhir dan memberikan mata kepada pasukan.

Bagaimanapun, sewaktu sedang berlari dan menghampiri tapak terakhir, tiba-tiba salah satu kaki palsu Blake telah tercabut!

Kredit: Facebook

“Saya terduduk di atas tanah dengan sebelah kaki tercabut. Saya rasa saya telah kecewakan bapa dan juga rakan sepasukan. Saya sangat marah pada diri sendiri. Saya berasa marah pada dunia. Saya bertanya kepada diri, mengapa saya? Ini semua tidak adil. Mengapa saya yang dilahirkan tanpa kaki? Mengapa saya yang harus melalui semua ini?”

Kredit: Facebook

Barangkali, semua persoalan tersebut turut akan keluar dari mulut kita jika kita diberi dugaan untuk melalui ujian sebegitu rupa. Akan tetapi, Blake menyedari tindakan mengasihani diri sendiri juga boleh menyebabkan kemusnahan pada rasa keyakinannya.

Kredit: Facebook

Justeru, satu semangat tiba-tiba menerpa Blake. Jika dia tetap terduduk di situ, dia tidak akan berjaya membawa kemenangan untuk pasukannya, dia tidak akan pernah merasai nikmat menguasai tapak terakhir dalam permainan besbol itu.

Jadi, Blake mengambil keputusan untuk mengabaikan segala kata-kata negatif yang bermain dalam fikirannya dan terus bersemangat untuk meneruskan larian sehingga berjaya.

Kredit: Facebook

Apabila memasuki sekolah menengah, Blake memutuskan untuk menyertai acara trek padang.

Kredit: Facebook

“Kisah saya adalah segalanya tidak mustahil. Anda boleh melakukan apa sahaja asalkan anda tetapkan minda untuk mencapainya dan berikan tumpuan serta letakkan 120% usaha untuk menangani apa jua cabaran yang dihadapi.”

Kredit: The Daily Goalcast/Facebook

Sumber: Inspire MoreThe Daily Goalcast/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds