Beberapa pengunjung pasaraya Walmart di Illinois, Amerika Syarikat telah berhadapan dengan satu kejadian alam yang sangat luar biasa pada 7 Ogos lalu. Mereka berpeluang untuk melihat fenomena aneh tetapi unik ini secara dekat dan pastinya akan kekal di ingatan sampai bila-bila.

videoPlayerId=8366dd918

Ad will display in 09 seconds

Kebanyakan individu yang melihat kejadian ini menyatakan ia adalah satu pengalaman yang sangat ‘gila’.

“Langit itu kelihatan pelik. Saya sedang berada di kawasan parkir dan tidak mampu mengerlipkan mata melihat pembentukan awan yang sangat mengagumkan,” komen Maranda Benefield, seorang penduduk di Illinois.

“Suhu turun secara mendadak dan angin juga agak kencang. Ini adalah awan yang paling aneh pernah saya lihat sepanjang hidup!”.

Rata-rata penduduk berasa teruja melihat pembentukan awan yang aneh itu dan berjaya menarik minat seorang pakar meteorologi iaitu Grant Gilmore. Jelas Grant, walaupun awan itu kelihatan aneh disertai dengan angin yang kencang, ianya bukanlah satu petanda kepada bencana yang buruk seperti ribut.

Menurut Grant, “Awan di bahagian bawah kelihatan lebih gelap kerana pengurangan cahaya matahari atau hujan yang lebat membuatkan awan utama mempunyai pelbagai tekstur”.

Pada tarikh sama, kejadian pembentukan awan luar biasa bukan sahaja dilihat berlaku di Illinois tetapi juga di New York City.

Satu kejadian yang jarang berlaku dan biasanya hanya boleh dilihat di filem-filem. Mengagumkan!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds