Temasya Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang, Indonesia secara rasmi telah dibuka pada 18 Ogos 2018 yang lalu. Upacara pembukaan yang berlangsung dengan gilang-gemilang telah dirasmikan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo di Stadium Utama Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia. Paling mencuri tumpuan pada malam upacara pembukaan Sukan Asia 2018 kali ini ialah penampilan epik Presiden Jokowi sendiri.

Pada upacara pembukaan, satu rakaman video dimulakan dengan Presiden Joko Widodo atau ‘Jokowi’ meninggalkan Istana Presiden dan menuju ke Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta dengan diiringi pasukan keselamatan dan pengiring. Tetapi kesesakan lalu lintas telah menganggu perjalanan Presiden Jokowi sehingga beliau terpaksa menaiki motosikal ‘superbike’.

Kredit : Mothership.sg

Presiden Jokowi tidak membonceng motosikal, tetapi sebaliknya beliau telah menunggang sendiri ‘superbike’ ini.

Untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya dan lalu lintas, Presiden Jokowi terpaksa melakukan aksi gaya ‘bebas’, seperti aksi pecut dan lonjakan terbang dari belakang lori ini.

Kredit : Mothership.sg

Dan semestinya ia menjadi satu aksi mengendali motosikal terbang yang sangat hebat dan mengagumkan untuk ditonton rakyat Indonesia.

Kredit : Mothership.sg

Aksi terbang serta gerakan mencelah sambil mengambil laluan pintas yang sangat hebat. Pasti Presiden Jokowi sendiri tidak melakukannya melainkan menggunakan pelakon aksi lagak ngeri bernama Saddum So. Tetapi aksi Presiden Indonesia kali ini nampak sangat hebat.

Kredit : Mothership.sg

Persembahan hebat Presiden Jokowi yang wajar diberikan markah tertinggi. Siapa sahaja yang boleh melakukan aksi bergaya dan pantas  sambil menaiki motosikal ‘superbike’ untuk tiba tepat pada waktu  ke upacara pembukaan Sukan Asia melainkan Presiden Indonesia sendiri.

Dalam perjalanan, Presiden Jokowi sempat memberhentikan motosikal sambil memberi laluan dan mengawal trafik untuk para pelajar sekolah melintas jalan raya dengan selamat. Seorang presiden yang amat prihatin dan berjiwa rakyat.

Kredit : Mothership.sg

Akhirnya, Presiden Jokowi sampai di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta tepat pada masanya, memasuki perkarangan stadium dengan motosikalnya sambil melambai kepada para penonton yang sudah memenuhi stadium bagi menyaksikan upacara pembukaan rasmi Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

Kredit : Mothership.sg

Kemudian Presiden Joko Widodo muncul dengan lambaian sebenar kepada 50,000 orang para penonton dan rakyat Indonesia yang gamat dengan sorakan bangga di dalam stadium.

Kredit : Mothership.sg

Upacara pembukaan Sukan Asia ke-18 Jakarta Palembang 2018 di Indonesia telah dirasmikan secara  gilang-gemilang oleh Presiden Joko Widodo. Seramai 13,000 atlet dari seluruh negara Asia akan bertanding dalam 40 jenis sukan dan mengambil bahagian dalam 67 acara sehingga 2 September.

Tonton aksi hebat Presiden Jokowi dalam rakaman video di bawah.

Kredit : Wicaksono Wicaksono / Facebook

Sumber : Wicaksono Wicaksono / Facebook , Mothership.sg , World of Buzz 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL HIBURAN SUKAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds