Siapa tidak sukakan sedikit pencuci mulut selepas menikmati makanan savori? Kek adalah sejenis pencuci mulut yang digemari ramai kerana kelembutannya, rasa yang manis dan enak.

videoPlayerId=3bd7410ab

Ad will display in 09 seconds

Antara kek yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah kek berperisa coklat, tiramisu, Red Velvet, kek buah dan terkini yang menjadi kegilaan ramai adalah sejenis kek dari Jepun iaitu kek keju.

Menariknya mengenai kek keju ini adalah ianya begitu lembut dan tarikan itulah yang membuatkan ramai meminatinya!

Sebuah kedai yang menjual kek keju paling laris di Jepun adalah Uncle Rikuro di mana kedainya yang terletak di Osaka sentiasa dipenuhi dengan barisan pelanggan! Selain kelembutannya yang terserlah, kek ini juga akan dicop dengan logo kedai sebelum dibungkus kepada para pelanggan.

Sebagaimana anda sukakan kek keju, ianya pasti tidak mampu menandingi rasa asli kek keju terbaik di Jepun ini. Sebaik sahaja kek ini dibakar, aromanya akan memenuhi seluruh ruang dan membuatkan anda ingin merasai kek ini dengan serta-merta!

Satu lagi fakta menarik dan unik mengenai kek keju Jepun adalah ia diperbuat dengan kandungan gula yang jauh lebih rendah sekali gus menjadikannya sejenis pencuci mulut yang sihat.

Lihat resipi tradisional kek keju Jepun ini dan cubalah sendiri di rumah!

Bahan-bahannya:

  • 100g krim keju
  • 1/2 cawan susu (130ml)
  • 7 sudu mentega
  • 8 biji kuning telur
  • 13 biji putih telur
  • 2/3 cawan gula (130g)
  • 1/4 cawan tepung jagung (60g)
  • 1/4 cawan tepung gandum (60g)
  • Kismis (tidak wajib)
  • Kertas pembakar

Cara membuat:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160°C.
  2. Dalam periuk kecil, masukkan susu, krim keju dan mentega. Panaskan pada api sederhana. Alihkan dari api dan sejukkan.
  3. Dalam mangkuk besar, pukul kuning telur dan masukkan adunan krim keju tadi sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
  4. Ayakkan tepung gandum bersama tepung jagung. Masukkan ke dalam campuran tadi dan ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan menggunakan pengadun elektrik sehingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil anda terus memukul putih telur.
  6. Ambil 1/4 daripada adunan putih telur dan gaulkan bersama adunan kuning telur tadi. Ambil baki putih telur dan gaulkan kesemuanya sehingga sebati dengan menggunakan teknik kaup balik.
  7. Alaskan loyang 9 inci dengan kertas pembakar.
  8. Taburkan kismis dan masukkan adunan kek keju ke dalam loyang.
  9. Masukkan loyang berisi adunan kek keju tadi ke dalam dulang yang lebih besar. Isi dulang tersebut dengan air mendidih sehingga ke paras tengah loyang.
  10. Bakar kek selama 25 minit. Kemudian, turunkan suhu kepada 135°C dan bakar lagi selama 55 minit sehingga kek menjadi kembang dua kali ganda.
  11. Kek keju anda sudah siap untuk dimakan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds