Ini adalah sebuah kisah lucu mengenai seekor anjing yang telah diberikan ‘pengajaran’ hebat daripada sekumpulan itik.

videoPlayerId=29472bbc7

Ad will display in 09 seconds

Berdasarkan video tersebut, anjing ini dilihat sedang bersiar-siar bersama tuannya dan telah terlihat sekumpulan itik berenang di sebuah tasik. Apa yang anjing ini tidak sedar adalah itik memang tidak boleh terbang tetapi itik boleh berenang dan terapung di dalam air…

Anjing bernama Digby ini kelihatan sangat teruja untuk menangkap itik yang disangkakannya burung itu. Sewaktu sedang meluru mendekati itik-itik itu, anjing ini kelihatan begitu fokus dan langsung tidak sedar rumput yang dipijaknya sebenarnya adalah permukaan air.

Dalam kelajuan sebegitu, anjing ini terus tenggelam masuk ke dalam air dan sudah tentu tentu ia berasa menyesal dengan tindakannya yang gopoh. Dengan riak wajah sedih, anjing ini membatalkan niatnya untuk mengejar itik dan kembali ke darat dengan kadar segera.

Lebih melucukan lagi, tuan kepada anjing ini kelihatan begitu tenang melihat gelagat anjingnya itu yang sungguh menghiburkan hati…

Jika anda menonton video ini sehingga ke penghujungnya, anda pasti tidak mampu menahan ketawa.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds