Saintis Amerika berpendapat bahawa jurang umur yang sempurna antara isteri dan suami adalah satu tahun. Dalam kes ini, pasangan mempunyai peratusan akan berpisah yang lebih kecil iaitu hanya 3%. Sekiranya perbezaannya adalah lebih daripada 5 tahun, peratusan pasangan tersebut akan berpisah adalah 18%, dan jika jurang lebih daripada 20 tahun, risiko perceraian akan berlaku adalah 95%. Tetapi ramai pasangan Hollywood sedia menyangkal data ini.

Berikut adalah 10 pasangan selebriti dengan jurang umur yang jauh tetapi mereka telah bersama selama lebih daripada 15 tahun.

10. Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones

Kredit: © EAST NEWS© Evan Agostini / Invision / AP /Fotolink / EAST NEWS

Jurang umur: 25 tahun.

Bersama: sejak 1998 (20 tahun).

Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones merayakan ulang tahun mereka bersama-sama: kedua-duanya lahir pada 25 September (dengan perbezaan umur 25 tahun.) Mereka bertemu pada tahun 1998 dan berkahwin pada tahun 2000. Pasangan itu melalui beberapa cabaran yang sangat sukar : Michael menghidapi kanser, gangguan mental Catherine, dan juga pernah cuba untuk bercerai.

9. Celine Dion dan Rene Angelil

Kredit: © Remiorz Ryan / CP / ABACA / EAST NEWS© Paul Marks / EAST NEWS

Jurang umur: 26 tahun.

Bersama: sejak 1988 (30 tahun).

Mereka merupakan pasangan yang bahagia. Mereka pertama kali bertemu pada tahun 1980 ketika Celine Dion berusia 12 tahun dan Rene Angelil berusia 38 tahun. Mereka mula bercinta 8 tahun kemudian dan berkahwin pada 1994. Pada tahun 2001, pasangan itu mempunyai bayi Rene-Charles Angelil dan, pada tahun 2010, Celine melahirkan bayi kembar Eddy dan Nelson .

Celine dan Rene tinggal bersama selama 22 tahun, dan cintanya mungkin akan bertahan lebih lama jika Rene tidak meninggal pada tahun 2016.

8. Pierce Brosnan dan Keely Shaye Smith

Kredit: © Fred Prouser / Reuters© Fred Duval / MEGA / EAST NEWS

Jurang umur: 10 tahun.

Bersama: sejak 1993 (25 tahun).

Bagi Pierce Brosnan, perkahwinan ini adalah ke-2. Dia sebelum ini telah berkahwin dengan Cassandra Harris yang berusia 5 tahun lebih muda darinya tetapi Cassandra telah meninggal dunia akibat kanser. Pierce bertemu Keely pada tahun 1993 apabila Pierce berusia 40 tahun dan Keely berusia 30 tahun. 8 tahun kemudian, pasangan itu telah berkahwin. Mereka mempunyai 2 anak: Dylan Thomas (lahir pada tahun 1997) dan Paris Beckett (dilahirkan pada tahun 2001).

7. Sylvester Stallone dan Jennifer Flavin

Kredit: © Fred Prouser / Reuters© Jordan Strauss/Invision / AP / Fotolink / EAST NEWS

Jurang umur: 22 tahun.

Bersama: sejak tahun 1988 (30 tahun).

Sylvester Stallone dan model Jennifer Flavin bertemu pada tahun 1988 semasa penggambaran Rocky V. Tetapi Jennifer jatuh cinta padanya ketika dia jauh lebih muda. Pelakon berusia 51 tahun dan model berusia 29 tahun itu berkahwin pada tahun 1997. Kini, mereka mempunyai 3 anak perempuan: Sophia (lahir pada tahun 1996), Sistine (lahir pada tahun 1998), dan Scarlet (lahir pada tahun 2002).

6. Kevin Costner dan Christine Baumgartner

Kredit: © ASSOCIATED PRESS / FOTOLINK / EAST NEWS© Gilbert Flores / Broadimage / EAST NEWS

Jurang umur: 19 tahun.

Bersama: sejak tahun 2000 (18 tahun).

Kevin Costner sudah mempunyai 3 anak sebelum dia berkahwin dengan Christine. Dia bertemu dengannya pada tahun 2000 ketika dia mengalami masa yang sukar dalam kariernya. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2004 semasa Kevin berusia 49 tahun dan Christine berusia 30 tahun.

Pasangan ini mempunyai 3 orang anak: anak lelaki, Cayden (lahir pada tahun 2007) dan Hayes (lahir pada tahun 2009) dan anak perempuan Grace (lahir pada tahun 2010).

5. Harrison Ford dan Calista Flockhart

Kredit: © face to face / Reporter / EAST NEWS© Jordan Strauss / Invision / AP / Fotolink / EAST NEWS

Jurang umur: 22 tahun.

Bersama: sejak 2002 (16 tahun).

Harrison Ford bertemu Calista Flockhart pada tahun 2002 di upacara Anugerah Golden Globe. Calista secara tidak sengaja menumpahkan wain pada lengan baju Harrison dan dia mengajak Calista keluar beberapa jam selepas itu. Ford telah berkahwin dua kali sebelum ini, dan ia adalah perkahwinan pertama untuk Calista.

Mereka berkahwin pada 2010 dan pasangan ini mengambil anak angkat, Liam (lahir pada tahun 2001).

4. Hugh Jackman dan Deborra-Lee Furness

Kredit: © CJ Contino / Everett Collection / EAST NEWS© Willy Sanjuan / Invision / AP / Fotolink / EAST NEWS

Jurang umur: 13 tahun.

Bersama: sejak tahun 1995 (23 tahun).

Pasangan ini dianggap paling kuat di Hollywood. Hugh yang berusia 27 tahun dan Deborra-Lee yang berusia 40 tahun bertemu pada tahun 1995 ketika penggambaran siri mini Correlli. Deborra-Lee memainkan watak seorang ahli psikologi penjara dan Hugh memainkan watak seorang banduan.

Pada tahun 1996, pasangan itu telah berkahwin dan mengambil anak angkat, Oscar pada tahun 2000 dan anak perempuan Ava pada tahun 2005.

 3. Warren Beatty dan Annette Bening

Kredit: © Mike Theiler / Reuters© Jordan Strauss / Invision / AP / Fotolink / EAST NEWS

Jurang umur: 21 tahun.

Bersama: sejak tahun 1990 (28 tahun).

Warren Beatty dan Annette Bening bertemu pada tahun 1990. Pada tahun 1992, Beatty dan Bening berkahwin dan Annette melahirkan anak, Stephen Ira. Pada tahun 1994 mereka mempunyai anak lelaki mereka Benjamin, pada tahun 1997 mereka menyambut kelahiran anak perempuan mereka, Isabel, dan Ella dilahirkan pada tahun 2000.

2. Donald Trump dan Melania Knauss 

Kredit: © Jeff Christensen / Reuters© AFP / EAST NEWS

Jurang umur: 24 tahun.

Bersama: sejak 1998 (20 tahun).

Donald Trump yang berusia 52 tahun dan model Slovenia berusia 28 tahun, Melania Knauss bertemu di sebuah majlis di New York City.

Donald Trump yang jatuh cinta apabila melihatnya dan meminta nombor telefonnya, tetapi Melania menolak dan sebaliknya meminta nombor telefon Trump. Dia menghubungi Trump seminggu kemudian dan mereka keluar sejurus selepas itu. Pada tahun 2005, pasangan itu telah berkahwin dan, pada tahun 2006, Barron William Trump dilahirkan.

1. Beyoncé dan Jay-Z

Kredit: © ASSOCIATED PRESS / FOTOLINK / EAST NEWS© Gilbert Flores / Broadimage / EAST NEWS

Jurang umur: 12 tahun.

Bersama: sejak 2002 (16 tahun).

Orang mengatakan Beyoncé dan Jay-Z mula bercinta pada tahun 2002 semasa melakukan sebuah video muzik bertajuk 03 Bonnie & Clyde. Jay-Z berusia 33 tahun dan Beyoncé berusia 21 tahun.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 di New York City. Hari ini, Beyoncé dan Jay-Z gembira bersama dan mereka mempunyai 3 orang anak, Blue Ivy Carter (lahir pada 2012) dan kembar Sir dan Rumi Carter (lahir pada tahun 2017).

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds