Di negara Barat, mereka sangat sukakan musim panas kerana pada musim ini, mereka akan keluar berseronok menikmati sinaran cahaya matahari, berjemur di tepi pantai, menikmati aiskrim dan sebagainya.

videoPlayerId=22e55a6dc

Ad will display in 09 seconds

Berbeza dengan rakyat Malaysia, tiada siapa yang menikmati musim panas sebaliknya kita lebih gemar duduk di dalam rumah dan menikmati kesejukan alat pendingin hawa.

Selain daripada manusia, haiwan juga mempunyai cara tersendiri untuk memastikan badan mereka sentiasa sejuk dan selesa pada musim panas. Mereka tidak mencari air sejuk ataupun menikmati aiskrim seperti manusia. Jadi, bagaimana haiwan menyejukkan badan mereka ya?

Biasanya, pada cuaca yang panas terik, haiwan akan tinggal di tempat yang redup dan berlindung daripada sinaran cahaya matahari.

Tetapi berlaku satu insiden menakjubkan yang mungkin akan membuatkan anda terpegun melihatnya.

Seorang wanita telah mengisi air pada penutup botol untuk diberikan pada seekor katak. Suhu pada ketika itu dikatakan pada 40°C dan wanita ini berasa sangat simpati pada si katak yang kecil itu.

Tetapi katak berkenaan memerlukan lebih daripada sekadar air untuk diminum. Sebaik sahaja melihat wanita itu menghulurkan air kepadanya, katak ini terus masuk ke dalam penutup botol itu untuk merendamkan dirinya…

Kasihan… Agaknya panas sungguh suhu pada ketika itu ya? Walaupun niat wanita itu untuk memberikan air minuman kepada si katak, tidak mengapa. Asalkan katak ini selamat dan gembira dapat menyejukkan badannya.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds