KUALA LUMPUR – Seorang bapa telah menghabiskan hampir RM40,000 untuk persediaan anaknya yang merupakan seorang atlet mewakili Malaysia dalam pertandingan luncur ais peringkat antarabangsa.

Beliau yang dikenali sebagai B Chendren Balakrishnan turut meluahkan rasa kekecewaannya terhadap sikap beberapa pihak tertentu khususnya badan utama yang menguruskan sukan negara kerana mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan terhadap para atlet Malaysia.

“Keluarga saya berhabis hampir RM40,000 semata-mata untuk membawa nama Malaysia ke pentas dunia. Saya harap kerajaan baharu menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat meringankan beban atlet luncur ais.”

Menurut laporan BH Online, beliau turut dikatakan baru pulang dari Bangkok selepas menemani anaknya, Sree Abiraame untuk menyertai pertandingan Skate Asia 2018. Dalam pertandingan tersebut, Abiraame berjaya membawa pulang empat pingat emas sekali gus mengharumkan nama negara di persada dunia.

Kredit: The Malaysian Times

Jelas beliau, kejayaan anaknya dalam menjuarai pertandingan itu membuktikan peluang yang cerah dalam sukan luncur ais sekali gus membuka ruang untuk Malaysia memenangi pingat dalam temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk akan datang.

“Kerajaan Malaysia yang dulu kita dah rujuk kepada Menteri Sukan tapi tak dapat apa-apa maklum balas. Perbelanjaan untuk sukan luncur ais amat besar dan kita memerlukan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM40,000. Itu hanya untuk persiapan latihan saja kerana kita memerlukan kepakaran jurulatih asing.”

Kredit: NST

Tambah Chendren lagi, “Belum lagi cerita mengenai kasut. Harga sepasang kasut sahaja lebih kurang RM5,000 manakala pakaian untuk pertandingan pula memerlukan sekurang-kurangnya lima ke enam persalinan yang setiap satu berharga RM500 hingga RM600.”

Kredit: NST

Chendren turut mengadu mengenai pelaksanaan pembayaran tempat latihan yang terletak di Empire City Damansara. Menurut perkongsian beliau, sewaktu Sukan SEA 2017 diadakan, kawasan tersebut dibina khas bagi membolehkan atlet luncur ais mengadakan latihan secara percuma. Namun kini, mereka terpaksa membayar untuk menggunakannya.

“Saya harap sangat kerajaan sekarang dapat membantu meringankan beban kami yang sudah berhabis duit beribu-ribu hanya demi membawa nama Malaysia.”

Kredit: NST

“KBS sekarang kena ambil inisiatif untuk membawa anak-anak kita ke satu tahap baharu di Olimpik. Kemenangan Abiraame yang berusia enam tahun adalah aset masa depan Malaysia di Sukan Olimpik dan saya yakin dia mempunyai potensi besar meraih pingat di Olimpik 2026 nanti.”

Sumber: BH Online, World of Buzz

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds