Tabiat semut suka mengalih objek kecil, seperti gula, daun, pasir atau telur-telur mereka dan lain-lain. Tetapi semut yang satu ini memiliki kemahiran luar biasa, iaitu mampu mengalih satu objek yang mahal.

Seorang pekerja di sebuah kedai perhiasan emas dan berlian telah menemui seekor semut sedang asyik mengalihkan sebutir berlian yang diambil dari tempat simpanan berlian di atas meja. Gelagat semut ini mengundang ketawa kerana semut mahu membuat apa dengan berlian itu? Bukannya boleh dimakan pun.

Pada mulanya pekerja ini berasa hairan apabila melihat beberapa butir berlian kecil telah beralih dari tempatnya dengan sendiri. Kemudian, dia menyedari terdapat seekor semut sedang berusaha keras mengalihkan berlian itu ke rumahnya. Sudah tentu selepas ditangkap ‘mencuri’, cubaan semut ini berakhir dengan kegagalan.

Mungkin kerana semut ini amat menyukai objek bersinar dan cantik, maka ia bertekad untuk mencuri berlian itu untuk disimpan sebagai koleksi tatapan peribadi.

Bahaya juga kedai perhiasan emas dan berlian dicerobohi pencuri kecil seperti sang semut yang begini. Apabila pemilik kedai membuat laporan polis terdapat kecurian, pencurinya sudah pasti tidak dapat dikesan jika tiada bukti seperti rakaman video ini. Bagaimana mahu mendakwa seekor semut ya?


Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds