Jenama tempatan ‘bersinar’ di permaidani merah Hollywood apabila jam tangan dari sebuah syarikat yang bertapak di Sabah dilihat di Teen Choice Awards 2018.

Kredit: Instagram @grantgust (edited)

Semuanya bermula apabila seorang peminat bertanya kepada pelakon The Flash, Grant Gustin mengenai jam tangan yang dipakainya untuk acara tersebut. Ternyata, jam tangan itu dihadiahkan oleh pemilik jenama Nayan.Co yang berpangkalan di Kota Kinabalu semasa lawatannya ke Malaysia tahun lepas.

Kredit: Instagram @grantgust

Sekiranya anda tertanya-tanya, pelakon itu menghabiskan beberapa minggu di Sabah pada Disember tahun lepas dengan tunangnya LA Thoma, yang ibunya berketurunan Kadazan.

Berpusat di Kota Kinabalu, Nayan.Co diasaskan oleh Fadzyinie Dullie dan Fahad Nasir, jurugambar yang memberikan jam tangan kepada Gustin.

Kredit: Instagram @nayan_co

Bercakap kepada Free Malaysia Today, pengasas bersama, Fahad Nasir, berkata beliau memberi jam tangan kepada Gustin sebagai hadiah pertunangan, kerana beliau juga mengambil gambar upacara tradisional Kadazan untuk menghormati nenek moyang Thoma semasa lawatan pasangan itu ke Sabah tahun lepas.

Jam tangan yang dipakai oleh Gustin adalah model Nayan.Co Classic, yang kini dijual pada harga RM289 di Shopee.

Kredit: Nayan.Co / Shopee

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds