Baru-baru ini seorang anak kecil menjadi perbualan hangat di internet ekoran ramai netizen yang berasa terkejut apabila melihat kanak-kanak yang berusia 2 tahun ini dapat berenang dengan mahir di dalam sebuah kolam renang.

videoPlayerId=8b0ff920f

Ad will display in 09 seconds

Jelas kelihatan dia dapat terapung dengan baik di dalam air bersama wajahnya yang begitu seronok dan gembira sambil berenang.

Sambil terapung bermula dengan gaya kuak lentang, kemudian dia menukar posisi kepada gaya bebas.

Bagi kanak-kanak kecil, aktiviti berenang pasti menyeronokkan sekiranya mereka berasa tidak takut untuk bermain dengan air.

Ramai ibu bapa yang berasa musykil dan tertanya-tanya, pada tahap usia berapakah seorang anak kecil itu boleh berenang? Jawapannya, sekiranya anak kecil didedahkan dengan air di awal usia bayi, mereka sudah boleh terapung dengan sendiri dan diajar berenang sehingga menjadi mahir.

Bayi tidak akan takut dengan air kerana mereka boleh terapung dengan sendiri seperti berada di dalam rahim ibu. Bayi boleh berenang, dengan syarat bersama pengawasan ibu bapa.

Bagi seorang bayi, renang adalah sukan pertama yang mereka sangat berasa selesa apabila diberikan pendedahan, seperti kepada anak kecil ini.

Anak kecil ini berasa sangat selesa dan seronok ketika berada di dalam air sehingga menjadi mahir berenang dengan aksi yang sangat selamba tanpa berasa takut kepada apa-apa pun. Gaya renangan yang sungguh hebat dan mengagumkan.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds