Kita semua mengetahui pasangan mana-mana pasangan kembar mempunyai ikatan yang istimewa antara satu sama lain. Biasanya, pasangan kembar boleh membaca fikiran masing-masing tanpa mereka perlu menuturkannya secara lisan.

Tetapi bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi jika fungsi tubuh pasangan kembar turut mempunyai ikatan dan ‘bersambung’? Inilah yang dialami oleh seorang ibu ketika kedua-dua anak perempuannya sedang bersedia untuk tidur.

Menurut laman sesawang Twiniversity, terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa amalkan bagi memastikan anak kembar menjadi sahabat baik dan tidak bergaduh. Antara cadangan yang disarankan adalah untuk tidak membandingkan mereka antara satu sama lain.

Jika salah seorang bayi kembar sudah boleh berjalan, jangan berasa tertekan dan bimbang tentang keadaan si kembar lain. Tindakan membandingkan-bandingkan ini boleh menyebabkan mereka cenderung untuk bersaing antara satu sama lain.

Tips penting kedua adalah dengan menekankan kepentingan untuk berkongsi. Tetapi, anda tetap perlu menyediakan barangan mereka sendiri dan bukannya membeli satu barang untuk dikongsikan bersama. Walaupun menjadi pasangan kembar, mereka juga mempunyai keinginan untuk bebas dan berdikari.

Nampaknya, ibu bapa kepada pasangan kembar dalam video ini berjaya mendidik anak-anak mereka untuk menjadi rakan karib walaupun baru berusia beberapa bulan. Malah, si kembar ini turut bersin pada masa yang sama!

Ibu mereka berjaya merakamkan detik menakjubkan ini dan amat terkejut melihat kedua-dua anaknya mampu bersin secara seragam..

Tonton videonya di sini.

Sumber: FaithTap

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds