Bolehkah anda membayangkan terpaksa menghabiskan bertahun-tahun lamanya terkurung di dalam sangkar yang sempit? Sanggupkah anda? Tidak dapat melihat dunia luar, merasai kesegaran udara, berkomunikasi dengan masyarakat, menikmati pengalaman berseronok bersama rakan-rakan dan sebagainya…

Inilah yang terjadi kepada Kai dan empat ekor beruang perang yang telah dikurung dan langsung tidak dibiarkan hidup bebas sejak 17 tahun yang lalu!

Ketika Kai masih kecil, anak beruang ini telah diambil dari ibunya dan dimasukkan ke dalam sangkar seluas 6 kaki x 9 kaki. Kai kemudian telah dibiarkan menghabiskan sepanjang hidupnya di dalam sangkar tersebut sehinggalah ia kini menjadi seekor beruang dewasa!

Selain Kai, terdapat tiga lagi haiwan yang dijadikan sebagai ‘pameran’ di Muzium Kebudayaan Ainu yang terletak di Hokkaido, Jepun. Haiwan-haiwan tersebut adalah Hanako, beruang betina yang berusia 27 tahun, Amu (beruang jantan) dan juga abang kepada Kai iaitu Riku.

Pada zaman dahulu, anak beruang biasanya akan dikorbankan. Namun, amalan itu kini telah dihapuskan dan masyarakat bertindak mengurung beruang-beruang ini. Dikatakan terdapat hanya 10,000 ekor beruang perang yang masih wujud di Jepun dan jumlah ini mencatatkan satu kebimbangan.

Boleh diperhatikan bagaimana beruang-beruang ini hidup dalam kebosanan di dalam sangkar masing-masing. Nasib baik, keadaan mereka disedari oleh beberapa pelancong Barat yang bersimpati melihat kehidupan beruang ini lantas mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada Wild Welfare, sebuah pusat kebajikan haiwan di United Kingdom.

Wild Welfare kemudiannya menghubungi Taman Hidupan Liar Yorkshire di England untuk meminta bantuan dan menakjubkan, pihak mereka terus bersetuju untuk membantu keempat-empat beruang tersebut.

Berikutan itu, Kai dan sahabat-sahabatnya telah diterbangkan sejauh 5,400 batu dari Jepun ke United Kingdom untuk tinggal di habitat baharu mereka yang jauh lebih selesa. Sebaik sahaja tiba di Taman Hidupan Liar Yorkshire, beruang-beruang ini kelihatan terkedu dan tidak sangka betapa indahnya kehidupan yang sebenar selain daripada tinggal di dalam sangkar.

Bagi Hanako dan Amu, kedua-duanya diletakkan di bawah jagaan khas dan tertutup buat sementara waktu memandangkan mereka telah terkurung selama 27 tahun dan tidak mampu untuk berjalan melebihi empat langkah!

Sementara itu, bagi pasangan adik-beradik Kai dan Riku, kedua-duanya kelihatan sangat menikmati kehidupan baharu itu. Dengan tanah seluas empat ekar, Kai dan Riku kelihatan sangat seronok memanjat pokok, menikmati buah-buahan serta madu dan juga mandi di dalam tasik.

Seronok melihat bagaimana haiwan-haiwan ini menikmati pengembaraan di dunia yang sebenar. Akhirnya, beruang yang terseksa ini hidup dalam keadaan yang aman dan bebas.

Kredit: Yorkshire Wildlife Park/Facebook

Sumber: HappiestYorkshire Wildlife Park/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds