Kolagen adalah sejenis protein berstruktur utama yang menghubungkan tisu di dalam tubuh badan seseorang. Kolagen bertanggungjawab kepada keanjalan kulit seseorang. Sekiranya seseorang itu didapati memiliki kulit yang berkedut, ini menandakan tubuh badan telah mengalami kekurangan kolagen. Amalan diet yang seimbang dan sihat adalah salah satu cara bagi seseorang itu mengekalkan kolagen di dalam tubuh badan.

Di bawah adalah makanan kaya kolagen yang boleh diamalkan pengambilannya bagi mengelak kulit menjadi kendur dan tua sebelum masanya. Bermula dengan memberi penerangan apa itu kolagen?

Kolagen kadangkala digelar ‘gam’ kerana tubuh badan akan jatuh sekiranya ia tidak dihubungkan oleh kolagen.

Kredit :  Depositphotos

Kolagen itu satu protein. Kira-kira 30% hingga 40% kandungan protein di dalam badan terdiri dari kolagen. Kolagen berfungsi membuat kulit menjadi muda. Kolagen juga ditemui di dalam minyak badan, rambut, sendi dan tisu usus. Terdapat 16 jenis kolagen. Tetapi jumlah terbesar di dalam tubuh badan terbahagi kepada tiga, iaitu kolagen jenis I dan II didapati pada kulit, tulang dan otot. Kolagen jenis III didapati pada sendi.

Tubuh badan manusia mampu membina kolagen dengan sendiri. Namun begitu, selepas seseorang itu telah berusia melebihi 25 tahun, tahap penghasilan kolagen secara sendiri akan semakin berkurangan. Kita akan mendapati kulit mula berkedut, dan diikuti dengan sakit dan lenguh pada sendi, tulang dan otot.

Bagi mengelak perkara ini daripada berlaku dan untuk menambah kandungan kolagen, anda boleh mengamalkan pemakanan di bawah.

1. Memakan sup atau stok daging dan amalan diet ikan salmon

Kredit :  Marco Verch / flickr   /  Matt Baume / flickr

Sup atau stok tulang adalah makanan pilihan terbaik dalam meningkatkan kandungan kolagen di dalam tubuh badan. Sup tulang yang direneh lama mengandungi protein yang boleh digunakan dengan serta-merta. Sup tulang lembu mengandungi kolagen jenis I yang amat baik untuk kulit. Sup tulang ayam dan ayam belanda mengandungi kolagen jenis II yang dapat menyokong fungsi sendi. Sup tulang boleh diambil  dari 177 hingga 355 mililiter sehari.

Ikan salmon mengandungi kandungan zink dan mineral yang dapat membina kolagen di dalam tubuh badan. Sebagai tambahan kandungan lemak omega-3 akan melembabkan kulit dan mampu meningkatkan keremajaan kulit. Anda digalakkan untuk mengambil hidangan ikan salmon sebanyak dua kali seminggu (113 hingga 142 gram)

2. Makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan sitrus, tomato , avocado dan buah beri

Kredit :  Permavultur / flickr   / Forest and Kim Starr / flickr

Sayuran hijau adalah makanan terbaik bagi mengelak jangkitan penyakit. Ia juga mampu menghalang pemberhentian pembinaan kolagen secara pra matang. Kandungan klorofil di dalam sayur-sayuran akan meningkatkan jumlah prokolagen di dalam sel kulit. Klorofil melindungi kulit dari cahaya UV dan radiasi yang menjadi penyebab kulit cepat mengalami proses penuaan. Anda boleh makan hidangan sayuran antara 2 hingga 3 mangkuk bergantung kepada keperluan, sama ada anda seorang yang aktif atau tidak.

Buah-buahan sitrus kaya dengan vitamin C yang dapat membantu asid amino menghasilkan prolin. Prolin adalah kimia dalam badan yang amat perlu bagi penghasilan kolagen. Vitamin C juga melindungi badan daripada pendedahan toksin yang terhasil daripada persekitaran. Untuk mendapatkan vitamin C, anda perlu makan dua hidangan buah-buahan setiap hari.

Kredit :  leis18 / flickr   / Sharon Al-Momani / flickr   / hesadevil / flickr

Tomato mengandungi lycopene, sejenis antioksidan yang melindungi kulit dari sinaran UV. Lycopene akan menjana sintesis kolagen. Untuk mendapat lebih lycopene, anda perlu membakar buah tomato ini atau membuat jus tomato. Segelas jus tomato perlu diminum setiap hari.

Buah avokado mengandungi vitamin E yang akan membantu mengekalkan pengeluaran kolagen di dalam tubuh badan. Sebagai tambahan avakado adalah lemak bermanfaat dan amat baik untuk kulit. Minyak dari avokado dapat meningkatkan pengeluaran kolagen dalam badan. Pakar pemakanan mencadangkan supaya memakan separuh dari avakado setiap hari. Tetapi anda perlu berhati-hati dengan makanan berlemak ini. Jangan pula makan terlalu banyak.

Buah strawberi, rasberi, beri hitam dan kranberi pula mengandungi asid ellagik yang amat diperlukan bagi membasmi penguraian kolagen akibat sinaran UV. Buah beri mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Anda boleh memakan buah beri setiap hari bergantung kepada usia. Seorang dewasa berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil buah beri sehingga 70 gram sehari.

3. Kolagen didapati dari telur

Kredit :  Michael / flickr

Telur adalah produk yang sama seperti sup atau stok tulang yang mengandungi kolagen di dalamnya. Badan anda boleh mendapat kolagen terus dari telur kuningnya. Telur juga mengandungi sulfur yang amat diperlukan bagi penghasilan kolagen dan pembuang toksin dari hati. Ini bermakna toksin yang memusnahkan kolagen akan dibuang dari badan. Anda disarankan memakan telur setiap hari, tetapi dua biji sehari sudah mencukupi.

4. Kolagen didapati dari biji labu dan biji chia

Kredit :  Thomas Cizauskas / flickr   / Mind Terms / flickr

Biji labu adalah salah satu sumber zink yang merangsang penghasilan kolagen. Makanan yang mengandungi kandungan zink akan memperlahankan penguraian protein. Zink juga meningkatkan pertumbuhan semula kulit untuk mendapatkan kulit yang sihat. Biji labu yang digoreng adalah pilihan terbaik kerana ia mengandungi unsur yang sihat. Anda boleh menabur 2 sudu biji labu ke dalam salad setiap hari.

Biji chia mengandungi lemak omega-3 yang merangsang keremajaan kulit dan melembabkan sel kulit. Kulit akan kelihatan lembut dan licin apabila anda memakan biji chia. Seorang dewasa dicadangkan mengambil sehingga 198 gram biji chia sehari. Anda boleh mencampurkan ia di dalam bijirin, minuman atau roti dan kek.

Diet makanan sahaja tidak mencukupi, gaya hidup anda juga perlu diubah.

Makanan di atas mengandungi kandungan kolagen yang tinggi tetapi anda perlu ingat di samping faktor usia, penghasilan kolagen dipengaruhi oleh :

a. Tabiat merokok

b. Persekitaran yang kotor

c. Sinaran UV

d. Pengambilan gula yang berlebihan dan makanan bergoreng di dalam diet.

Ubah gaya hidup anda untuk mendapatkan kulit yang sihat agar penampilan itu nampak lebih muda dari usia sebenar.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds