Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan dan sekali lagi, nama Malaysia menjadi sebutan ramai dalam bidang kulinari global apabila hidangan kegemaran rakyat iaitu laksa kari mendapat tempat kedua daripada 500 penyertaan di dalam pertandingan ‘Ultimate Eatlist’ Lonely Planet.

Laksa Kari

Kredit:  Instagram (@victorkoo1979)

Lebih mengagumkan lagi, pihak Lonely Planet berpendapat bahawa setiap penggemar makanan perlu mencuba laksa kari di Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Menurut Pengarah Editorial iaitu Tom Hall, pertandingan Ultimate Eatlist ini adalah tentang pengalaman menikmati makanan tertentu di lokasi yang spesifik. Senarai makanan yang layak menyertai pertandingan ini adalah merupakan saranan dan cadangan daripada tukang masak terkemuka, penulis makanan dan juga penulis daripada Lonely Planet sendiri.

Kredit: Mark Read/Lonely Planet

Antara juri yang dibawa khas bagi membantu editor makanan di Lonely Planet untuk memberikan pemarkahan adalah pemenang pertandingan Masterchef Australia yang juga merupakan anak kelahiran Malaysia iaitu Adam Liaw dan juga penulis blog The Cutlery Chronicles iaitu Leyla Kazim.

Setiap penyertaan telah diberikan penilaian masing-masing berdasarkan kepada beberapa kriteria iaitu:

  • Rasa
  • Kepentingan kepada budaya
  • Suasana istimewa di lokasi

Kredit: Japan-Guide.com

Selain hidangan laksa kari yang memperoleh tempat kedua dalam pertandingan itu, terdapat 10 lagi makanan dari Malaysia yang berjaya mendapat tempat di dalam senarai 500 makanan global tersebut.

Kredit: Shutterstock/Getty Images

  • Nombor 60 : Ikan Bakar
  • Nombor 123 : Assam Laksa Pinang
  • Nombor 268 : Rendang Daging
  • Nombor 299 : Mi Wantan
  • Nombor 352 : Roti Bakar Kaya
  • Nombor 404 : Roti Canai
  • Nombor 432 : Char Kway Teow
  • Nombor 445 : Durian
  • Nombor 464 : Mi Hokkien
  • Nombor 468 : Bak Kut Teh

Menggondoli kejuaraan dalam senarai 500 makanan di seluruh dunia adalah pintxos di San Sebastian, Sepanyol manakala hidangan sushi di Tokyo pula meraih tempat ketiga.

Kredit: Eusko Guide

Sementara itu, hidangan terkenal dari Singapura iaitu Ketam Cili pula mendapat tempat ke-17 daripada senarai berkenaan.

Kredit: TheBestSingapore.com

Jika anda teringin untuk merasai pengalaman menikmati makanan enak yang tersenarai di dalam Ultimate Eatlist, ikuti 20 senarai teratas yang kami kongsikan ini:

Smørrebrød

Kredit: Marcus Nilsson/Saveur

  1. Pintxos di San Sebastián, Sepanyol
  2. Laksa Kari di Kuala Lumpur, Malaysia
  3. Sushi di Tokyo, Jepun
  4. Daging Brisket di Texas, Amerika Syarikat
  5. Som Tum di Bangkok, Thailand
  6. Smørrebrød di Copenhagen, Denmark
  7. Udang Krai di Kaikoura, New Zealand
  8. Bibimbap di Seoul, Korea Selatan
  9. Pizza Margherita di Naples, Itali
  10. Dim Sum di Hong Kong
  11. Ceviche di Peru
  12. Pastéis de Nata di Lisbon, Portugal
  13. Tiram di Freycinet, Australia
  14. Keju di Perancis
  15. Ayam Jerk di Jamaica
  16. Tajin Kambing di Marrakech, Maghribi
  17. Ketam Cili di Singapura
  18. Moules Frites di Brussels, Belgium
  19. Itik Peking di Beijing
  20. Pho di Sungai Hau, Vietnam
Pastéis de Nata

Kredit: Heather Cowper/Flickr

Sumber: SAYS

Share
Kategori: GLOBAL HIBURAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds