Apabila anda melihat Daryl Tay, apa yang membuatkannya mempunyai sebuah inspirasi mungkin tidak mendapat sambutan daripada orang sekelilingnya. Pemuda yang bijak ini merupakan seorang warga Singapura melepaskan kehidupan yang selesa di Singapura untuk membantu kanak-kanak miskin di Thailand,  selepas dia bertemu dengan remaja yang merupakan seorang penghidu gam.

Sumber: CNA

Dalam sebuah artikel, Daryl Tay bercakap tentang bagaimana perjalanannya bermula. Semasa melakukan tugas sukarelawan di Thailand ketika sebagai pelajar, dia bertemu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang sedang khayal kesan daripada menghidu gam. Apabila ditanya mengapa dia memilih untuk menghidu gam, dia memberitahu Tay:

“Jika anda hanya mempunyai 20 baht (RM2.45), anda akan membelanjakannya untuk membeli semangkuk mi. Ia sepatutnya boleh membuatkan anda kenyang selama beberapa jam atau anda membelanjakannya pada gam yang akan membuatkan anda kenyang selama sehari?”

Sumber: CNA

Tanggapan ini mengejutkannya dan membuka matanya terhadap kemiskinan yang dilanda oleh anak-anak ini. Ini bukanlah pilihan mereka sendiri bahawa mereka dilahirkan dalam persekitaran yang kurang bernasib baik. Di kampung Khek Noi, di mana dia ditempatkan sebagai sukarelawan, ternyata penyalahgunaan bahan berleluasa di kalangan remaja dan kanak-kanak.

Selepas tamat pengajian dengan ijazah Ekonominya dari Universiti Pengurusan Singapura, beliau menyertai Radion International sebagai kakitangan sepenuh masa (sebelum ini beliau berkerja dengan mereka secara sambilan) dan telah bersama dengan mereka sejak itu.

Sumber: CNA

Daryl Tay dilahirkan dalam keluarga berpendapatan sederhana, dan mempunyai impian yang biasa untuk menceburi bidang korporat, tetapi semua itu berubah setelah melakukan tugas sebagai sukarelawan di Thailand. Ibu bapanya pada mulanya tidak berminat dengan ‘halatuju’nya sebagai sukarelawan. Mereka fikir ia hanyalah sementara.

Sumber: CNA

Dari tahun pertama penglibatan dirinya dalam bidang sukarelawan, keadaan sudah menunjukkan tidak mengizinkan. Namun apabila masuk tahun keempat sebagai sukarelawan, situasi tidak menyenangkan dan tegang telah berlaku ketika Daryl meneruskan tugasnya sebagai sukarelawan. Ahli keluarga Daryl melihat keadaannya bagaimana dia sedang menguruskan organisasinya untuk membantu kanak-kanak miskin yang mendapat bantahan daripada ibu bapanya sebelum ini.

Setelah melihat kerja yang baik anak mereka lakukan, ibu bapanya juga memutuskan untuk melibatkan diri. Mereka kini menolong dua orang kanak-kanak Thai!

Sumber: CNA

Kem perlindungan itu telah berkembang dan sekarang telah menjadi rumah dan mampu menolong 21 kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun. Daryl mengendalikan pertolongan, kerjasama dan tempat perlindungan kanak-kanak di kampung. Dimana dia menyediakan makanan, pendidikan dan persekitaran yang selamat yang kondusif untuk pemulihan kanak-kanak.

Tugasnya juga untuk bangunkan kanak-kanak pada pukul 5 pagi, menyediakan mereka sarapan pagi dan bersiap sedia untuk ke sekolah! Selepas sekolah, dia mengambilnya, menyediakan mereka makan malam dan membantu mereka dengan kerja rumah mereka.

Dia menghinap di tempat yang sama seperti kanak-kanak yang di bawah jagaannya supaya mereka berhampiran. Anak-anak suka tempat tidur mereka, dalam keadaan selesa dan suka bercerita tentang kisah dengan Daryl.

Sumber: CNA

Apa yang dihadapinya bukanlah semudah yang difikirkan. Bukan sahaja keluarganya kembali ke Singapura untuk menerima hakikat bahawa anak lelaki mereka yang cemerlang tidak menceburi pada bidang korporat seperti yang mereka harapkan. Daryl sendiri terpaksa berusaha untuk menyesuaikan diri dengan bahasa dan kekejaman yang berlaku di sekelilingnya.

“Sejak saya mula bekerja di sini, saya telah menghadiri lebih banyak pengebumian daripada parti hari jadi,” katanya. “Kadar jenayah adalah tinggi. Kami melihat kematian setiap hari. “

Sumber: CNA

Kebanyakan realiti kejam berlaku di persekitarannya, adalah seperti kanak-kanak lemas di sungai dan kemiskinan kampung adalah perkara yang perlu dipelajari dan difahami. Kadang-kadang hanya dengan menyediakan makanan dan minuman, walaupun ia adalah sedikit nasi dan garam sudah cukup penting. Walaupun hakikatnya ia tidak pernah mencukupi untuk membuatkan seisi keluarga kenyang.

Sungguhpun dikelilingi oleh semua kesulitan ini, apa yang dihadapi oleh Daryl Tay telah mendorongnya untuk lakukan dengan lebih lagi. Melihat kanak-kanak yang membesar melalui pemulihan akan membantu mereka untuk mempunyai masa depan yang lebih cerah.

Sumber: CNA

Inilah yang dikatakan oleh Daryl terhadap mereka yang telah dibantu: “Kekuatan mereka untuk menghadapi kesukaran adalah sesuatu yang saya hormati. Itulah sebabnya kami memilih untuk membantu mereka, bukan kerana kami kasihankan mereka, bukan kerana kami lebih baik daripada mereka, tetapi kerana mereka juga merupakan rakan sesama manusia.”

Kredit: CNA Insider/Youtube

Sumber: CNACNA Insider/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds