‘Selfie’ atau swafoto merupakan aktiviti wajib bagi semua orang setiap kali keluar ke mana-mana. Tetapi jika keluar seorang diri, pasti sukar untuk mengambil gambar kita yang sempurna dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah.

videoPlayerId=b6082c26e

Ad will display in 09 seconds

Namun, lelaki yang genius ini telah melakukan satu pembaharuan yang jauh lebih canggih daripada penggunaan monopod. Hasilnya, dia berjaya mengambil gambar seorang diri beserta dengan latar belakang pemandangan yang luas. Ibarat ditangkap oleh orang lain walaupun dia hanya bersendirian.

Bagaimana dia lakukannya?

Lelaki ini telah menggunakan dron mini yang dipasang pada telefon pintarnya. Dengan menggunakan alat kawalan, dia telah menerbangkan dron dan telefonnya pada sudut tertentu.

Kemudian, dia menekan butang pemasa pada telefonnya dan segera berlari mengambil posisi terbaik. Sememangnya satu teknologi yang hebat dan sesuai digunakan pada bila-bila masa terutamanya bagi anda yang gemar mengambil gambar.

Era Baru

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds