Alam ini didiami oleh pelbagai makhluk yang aneh dan misteri. Makhluk dasar laut misalnya memiliki pelbagai rupa yang unik dan aneh. Namun begitu, tidak terkecuali juga makhluk aneh di darat seperti haiwan spesies burung bangau yang berupa pelik ini.

videoPlayerId=af5b49bd0

Ad will display in 09 seconds

Burung ‘Shoebill’ adalah spesies burung bangau dengan rupanya yang agak aneh dan menakutkan. Burung bangau ini tidak langsung berupa comel seperti burung bangau yang biasa kerana ia berpenampilan agak pelik yang boleh membuat sesiapa yang melihatnya berasa gementar dan gerun. Akan tetapi, selepas mendekatinya, pandangan mata pasti tidak berkelip apabila menjadi terpesona melihat keagungan rupanya yang unik.

Pasti ramai yang tidak mempercayai bahawa spesies burung bangau ‘Shoebill’ benar-benar wujud apabila melihat kelibatnya yang sentiasa bergerak perlahan dan kadangkala hanya kelihatan pegun. Burung ‘Shoebill’ agak besar seperti burung gergasi. Jika dilihat dari jauh, anda akan menyangka ia adalah patung maskot yang pelik di zoo, walhal ia adalah haiwan sebenar.

Burung ‘Shoebill’ agak unik kerana ia lebih menyerupai haiwan prasejarah yang tidak mengalami kepupusan dan hidup sehingga kini. Selain yang terdapat di zoo, habitat burung ‘Shoebill’ adalah di kawasan paya Afrika Timur seperti di Uganda, Tanzania dan Rwanda.

Ramai yang bersetuju setelah melihat burung ‘Shoebill’ dengan mengatakan ia adalah burung yang paling menakutkan di bumi.

Nama lain bagi burung bangau ‘Shoebill’ ialah Balaeniceps rex , kerana ia berupa seperti makhluk dinosaur versi lebih kecil. Burung ‘Shoebill’ agak besar dan tinggi berbanding burung lain, dengan ketinggian lebih 150 sentimeter seperti orang dewasa yang biasa. Paruhnya agak besar dan menggerunkan, serta mampu mengancam manusia. Kakinya yang besar dan panjang melebihi kaki pemain bola keranjang.

Dari jauh ia merenung dan tidak bergerak seperti patung, dengan warna bulu pelepahnya yang berwarna kelabu dan biru. Nampak cantik dan menakutkan pada masa yang sama.

Pada zaman Mesir purba, burung ini dihormati dan dianggap seperti Tuhan kerana rupanya itu yang agak unik dengan paruh yang besar serta matanya yang merenung tajam dengan gaya menakutkan.

Buat masa ini spesies burung bangau ‘Shoebill’  dengan anggaran 5,000 hingga 8,000 ekor masih hidup dan membiak di kawasan berpaya di Afrika Timur.

Menurut Audubon.org, burung ‘Shoebill’ akan berdiri dan tidak bergerak seperti patung, menunggu ikan, buaya kecil , ular atau lain-lain mangsanya di tepi paya selama berjam-jam lamanya. Apabila telah melihat mangsa, ia akan melompat ke arahnya dengan membuka paruhnya yang besar dan menangkap mangsa. Hujung paruh burung ‘Shoebill’ mampu menyiat daging mangsanya dengan mudah.

Sememangnya burung bangau ‘Shoebill’ adalah spesies haiwan yang menakutkan dan wajar digeruni. Burung Hippogriff dalam filem Harry Potter tidak wujud tetapi burung ‘Shoebill’ itu wujud.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds