Pertunjukan ahli silap mata adalah antara pertunjukan yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Walaupun penonton tahu bahawa semua silap mata itu hanyalah helah semata-mata namun mereka tetap mahu menontonnya kerana ia adalah pertunjukan yang menghiburkan selain daripada menyerlahkan kebijaksanaan ahli silap mata melakukan helah tertentu.

videoPlayerId=034690924

Ad will display in 09 seconds

Namun kali ini nampaknya silap mata bukan sahaja menarik perhatian orang malah haiwan seperti kucing juga terpesona apabila melihat sendiri pertunjukan silap mata.

Contohnya lelaki dalam video ini. Dia cuba hendak menunjukkan silap mata pada kucing peliharaannya. Sambil memegang sehelai kain, dia memanggil kucingnya beberapa kali supaya kucing tersebut memandang ke arahnya.

Sebaik sahaja kucing itu fokus kepadanya, lelaki itu menjatuhkan kain tersebut sambil menghilangkan diri daripada tempat asal dia berdiri.

Kucing itu pada awalnya hanya mendiamkan diri namun apabila dia menyedari tuannya ‘hilang’ ia mula bangun untuk melihat dengan lebih jelas ketiadaan tuannya itu.

Kucing itu kelihatan tidak berpuas hati, lalu turun daripada kerusi. Ia melihat semula ke arah kedudukan tuannya tadi sambil berdiri.

Reaksi kucing tersebut seperti mengatakan ‘Eh, di mana tuan? Bagaimana dia boleh hilang? Betulkah dia sudah hilang?’. Anda pasti tidak dapat menahan ketawa!

Mungkin anda dan pemilik kucing boleh melakukan magis yang sama untuk melihat bagaimana pula kucing anda bertindak. Pasti ia akan menjadi aktiviti yang menyeronokan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds