Seorang suspek kes cubaan bunuh di Kelantan telah melarikan diri ke Kuching dan menjadi pelatih polis selepas beberapa bulan terlibat dengan kes tembakan. Sinar Harian melaporkan bahawa suspek sedang menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) di Kuching selama 6 minggu sebelum ditanhan pada 11 Ogos lalu.

Menurut China Press, identiti lelaki berkenaan yang berasal dari Kelantan diketahui selepas pemeriksaan latar belakang dijalankan terhadap para pelatih. Suspek merupakan salah seorang daripada 360 orang dalam kumpulan terbaru pelatih polis di pusat tersebut.

Suspek: Berita Harian

Suspek lelaki berusia 20-an itu merupakan salah seorang penyerang dalam siri tembakan yang berlaku pada bulan Mac lalu. Menurut sumber laporan New Straits Times, suspek merupakan salah seorang daripada dua orang lelaki yang menaiki motorsikal memulakan tembakan di sebuah restoran di Kota Bharu yang mencederakan pemilik restoran berkenaan dan pekerjanya yang berasal dari Thailand.

Suspek: New Straits Times

Suspek tersebut juga berada dalam senarai individu yang dikehendaki oleh pihak polis di Kelantan sejurus sahaja mereka melarikan diri daripada lokasi kejadian. Selepas sahaja penahanan bekas pelatih polis berkenaan, dia kemudian dihantar pulang ke Kota Bharu pada 11 Ogos dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Suspek: Sinar Harian

Suspek kemudian disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (penalti lebih berat) dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. Mahkamah majistret Kota Bharu memutuskan untuk suspek ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes cubaan bunuh.

Rakaman video di bawah merupakan saat suspek dibawa melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang di Kuching.

Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Sumber: Sinar HarianChina PressNew Straits TimesBerita HarianInfo Roadblock JPJ/POLIS/Facebook, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds