Pulau yang terletak di laluan sungai dan terbesar di dunia bernama Majuli di India mungkin akan lenyap pada suatu hari nanti. Selama 70 tahun, Majuli semakin mengecil dari saiznya yang asal, dan dalam masa 20 tahun ia mungkin akan tenggelam.

Pulau Majuli kini mengalami ancaman hakisan yang semakin serius apabila ia tidak dapat mengelak daripada menerima kesan pada setiap kali musim monsun melanda. Sejak tahun 1991, sebanyak 35 kawasan penempatan dan kampung telah lenyap dibawa arus akibat banjir dan terus hilang dari kawasan pemetaan.

Salah seorang penduduk di Pulau Majuli ialah Jadav Payeng atau dikenali sebagai ‘Forest Man of India’ , yang juga merupakan seorang aktivis alam sekitar.

Kredit :  Jitu Kalita

Pulau Majuli berada dalam ancaman kepupusan kesan hakisan tebing dan tanah yang terjadi setiap tahun ketika tiba musim monsun.

Kredit : 101 India

Selama 70 tahun, Majuli telah mengecil dengan separuh dari saiznya yang asal telah lenyap kerana hakisan. Dalam masa 20 tahun Majuli mungkin akan tenggelam dan akan terus lenyap dari peta dunia.

Kredit :  William D McMaster

Akan tetapi, Majuli mungkin akan terus kekal dan bertahan lebih lama disebabkan hasil usaha yang telah dilakukan oleh Jadav Payeng setiap hari.

Kredit :  William D McMaster

Segalanya bermula pada tahun 1979 semasa Jadav Payeng masih remaja dan berusia 16 tahun.

Kredit :  Theforestmanofindia

Jadav telah menemui sekumpulan ular yang mati bergelimpangan akibat cuaca panas melampau selepas banjir besar melanda yang menghakis kesemua pokok sehingga dihanyutkan ke kawasan beting pasir di tepi sungai.

Kredit :  William D McMaster

Melihat ancaman serius yang akan berlaku, Jadav telah membuat keputusan untuk mendedikasikan diri seumur hidup untuk menyelamatkan Majuli daripada terus terhakis dengan menanam pokok.

Kredit :  bijitdutta

Jadav Payeng telah menanam pokok setiap hari di sebuah pulau yang pada mulanya kosong dan terasing di Majuli selama hampir 40 tahun.

Kredit :  bijitdutta

Jadav telah menanam pokok di pulau ini sehingga membentuk satu kawasan hutan simpan seluas 550 hektar, iaitu lebih luas daripada Central Park di New York yang hanya seluas 340 hektar.

Kredit : : bijitdutta

Dan kini hutan ini menjadi habitat dan tempat tinggal beberapa spesies haiwan.

Kredit :  101 India

Termasuk spesies haiwan terancam harimau Bengal dan badak sumbu India.

Kredit :  William D McMaster

Sehingga sekawanan 100 ekor gajah juga akan menziarah hutan simpan ini setiap tahun.

Kredit :  101 India

Sebab mengapa Majuli menjadi semakin mengecil adalah disebabkan oleh pembentengan besar yang telah dibina di sepanjang Sungai Brahmaputra.

Kredit :  101 India

Penduduk sekitar membina benteng-benteng sebagai perlindungan daripada menghadapi musim monsun dan banjir yang akan melanda setiap tahun.

Kredit :  William D McMaster

Akan tetapi pembinaan benteng telah membangkitkan kemarahan Sungai Brahmaputra dan menyasarkan dengan menghakis Pulau Majuli.

Kredit :  William D McMaster

Jadav Payeng tidak mahu melihat Pulau Majuli terus terhakis dan lenyap dari pandangan peta dunia. Kini usaha wira dan aktivis alam sekitar ini telah membuahkan hasil dan beliau akan terus mendedikasikan diri untuk tujuan murninya. Ikuti video dokumentari pendek “Forest Man of India” di bawah.

Kredit : William D McMaster /Youtube

Sumber : Bored PandaWilliam D McMaster /Youtube

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds