Rutin harian seekor anjing sejak setahun yang lalu ini begitu meruntun hati sehingga membuatkan ia menjadi anjing yang sangat dikenali di sebuah pekan yang terletak di Brazil.

Sebelum ini, selama bertahun lamanya, seorang artis bernama Claudio Cantarelli gemar bersiar-siar di sekitar Caςapava do Sul bersama anjing kesayangannya, Thor.

“Setiap hari selama lebih satu dekad, Claudio akan keluar bersama Thor dan berjalan di laluan yang sama,” kata Airton Oliveira, seorang penggaya rambut kepada StoryTrender.

Bagaimanapun, tragedi menimpa apabila Claudio yang pada ketika itu berusia 58 tahun telah meninggal dunia pada Disember 2015. Pemergian tuan tersayang membuatkan Thor hidup sendirian dan tidak lagi gembira.

Menurut seorang jiran yang kemudiannya membantu menjaga Thor, Thor tidak lagi mahu makan setelah Claudio meninggal dunia.

“Saya sangat kecewa melihat betapa sedihnya Thor. Jadi, saya minta izin daripada keluarga Claudio untuk menjaganya.”

Walaupun Thor mempunyai pemilik yang baharu dan mampu memberikan kasih sayang kepadanya, Thor tetap merinduinya mendiang tuan kesayangannya itu.

Setiap pagi, Thor akan meraung dan bersiar-siar di laluan sama yang pernah tuannya bawa dahulu.

Thor akan melalui klinik haiwan, kedai loteri, melintas jalan raya dan kedai makan yang sering Claudio kunjungi untuk menikmati makan tengahari. Begitulah rutin harian Thor setiap hari sejak tuannya pergi.

“Saya pernah melihat Thor berbaring di luar klinik sementara Claudio duduk dan berborak di luar kedai loteri,” ujar penjaga baharu Thor.

“Ia (Thor) kelihatan seperti amat berharap agar Claudio akan muncul semula dan saya bersumpah saya pernah melihat tangisan di matanya.”

Sejak Thor memulakan rutin hariannya dengan berjalan sendirian di kawasan-kawasan yang pernah dilalui bersama Claudio dahulu, Thor dikatakan tidak lagi kemurungan. Malah, anjing berbulu putih ini juga menjadi terkenal dan sentiasa disapa dan diambil gambar oleh penduduk yang melihatnya.

Remuk hati apabila membaca kisah antara Thor dan Claudio ini. Pasti anda juga merasai betapa rindu dan kasihnya seekor anjing terhadap tuan tercinta. Semoga Thor mampu menangani kesedihan ini.

Kredit: Caters Clips/Youtube

Sumber: NTD InspiredCaters Clips/Youtube

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds