Kanak-kanak sememangnya mempunyai imaginasi yang tinggi lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan mainan mereka. Ada sahaja idea yang mereka lakukan untuk menjadikan permainan tersebut bertambah menarik dan menghiburkan.

Seperti kanak-kanak lelaki di dalam video ini, dia telah melakukan sesuatu dengan alat permainannya tanpa pengetahuan sesiapa.

Ayahnya pada ketika itu berasa curiga kerana anak kecilnya tidak membuat bising. Lalu dia pun melihat apa yang sedang dilakukan oleh si kecil.

Si ayah begitu terkejut apabila melihat deretan kereta mainan yang disusun dari ruang tingkat bawah rumah, sehingga ke tangga dan kemudiannya di tingkat dua.

Si ayah mengikuti anak kecilnya ke satu tempat di tingkat dua sambil merakam momen tersebut.  Di sepanjang perjalanan dari tingkat bawah menuju ke tingkat dua, terdapat banyak kereta mainan serta alat permainan lain yang disusun.

Apabila tiba di bilik air, si kecil menunjukkan permainan yang telah dibuang ke dalam mangkuk tandas. Betapa terkejutnya si ayah melihat begitu banyak mainan yang sudah tersumbat di dalam mangkuk tandas tersebut.

Si ayah tidak mampu memarahi anaknya kerana dia tahu dia juga culas ketika menjaga anaknya. Dia seharusnya lebih peka akan apa yang dilakukan si kecil. Jika dia mengawasi anaknya, pasti perkara seperti ini tidak akan berlaku.

Oleh itu, awasilah anak-anak kita dengan penuh tanggungjawab. Hal ini demi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Permainan yang telah rosak akibat dibuang dalam mangkuk tandas boleh diganti, tetapi bagaimana pula jika si kecil yang terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan lemas. Pasti keadaan menjadi lebih buruk.

Kredit: Scary Mommy Time Out/Facebook

Sumber: CerpenScary Mommy Time Out/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds