Setiap orang pasti akan mengalami hari yang suram di dalam kehidupan. Dalam apa juga situasi suram yang sedang anda alami, pasti akan ada orang lain yang telah mengalami peristiwa yang lebih suram dan pahit, tetapi masih meneruskan kehidupan dengan bersikap penuh positif, gembira dan ceria.

Di bawah adalah koleksi imej yang akan menukar hari suram anda menjadi lebih baik, gembira dan ceria. Paparan foto ini mengungkap sifat kemanusiaan yang tinggi itu mampu mengubah situasi menjadi lebih baik. Hari mereka lebih sukar dari hari anda, jadi ayuh bersikap lebih positif dan ceria!

#1. Mae Bua Chaicheun adalah seorang pesawah padi. Tanaman padinya telah musnah apabila dibanjiri 130 juta liter air yang telah dipam keluar dari Gua Tham Luang dalam misi untuk menyelamatkan 12 orang remaja pemain bola sepak yang terperangkap. Mae Bua berkata, “Anak-anak itu lebih penting daripada tanaman padi. Kita boleh menanam semula dan menumbuhkan padi, tetapi kita tidak boleh menanam semula dan menghidupkan anak-anak itu.”

Kredit : Billy Coope

#2. Selepas seorang wanita dibawa ke hospital kerana Hipoglisemia (paras glukosa rendah), dua orang anggota polis telah singgah sebentar di rumah wanita ini dan menyediakan hidangan makan malam untuk lima orang anaknya. Anggota polis yang baik hati ini juga membasuh pinggan dan mengemas rumah tersebut.

Kredit : SanderDR

#3. Herman Gordon bekerja sebagi seorang pencuci di Universiti Bristol. Hari ini, Herman menangis dan sangat terharu kerana para pelajar telah berjaya mengumpulkan wang dan membelikannya tiket penerbangan ke Jamaica untuk menemui ahli keluarganya.

Kredit : Bristruths

#4. Seorang peminat bola sepak dari Mesir yang kelainan upaya telah diangkat oleh para peminat bola sepak dari Mexico dan Colombia supaya dia juga tidak terlepas peluang melihat dan meraikan pasukan negaranya bermain dalam Piala Dunia.

Kredit : Johnny6_Blaze9

#5. James Harrison telah menyelamatkan 2.4 juta bayi dengan mendermakan darahnya setiap minggu selama 60 tahun, dan foto ini adalah pada hari menderma darahnya yang terakhir. James memiliki antibodi yang unik di dalam darahnya yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan Rhesus.

Kredit : Steven Siewert

#6. Kanak-kanak Syria bernama Mohamad di kem pelarian di Lubnan ini berkata, “Jika saya memiliki kuasa adiwira, saya mahu terbang. Saya mahu memberitahu kepada semua kanak-kanak di dunia supaya datang ke sini dan bermain bersama saya dan kakak saya, dan kita semua boleh meminum teh bersama-sama!”

Kredit : World Food Programme Middle East

#7. Ini adalah Captain Black. Dia sedang memberi makan kepada seekor burung undan yang mempunyai paruh yang patah bernama Albert. Captain Black memberitahu Albert, “Makan sarapan ini, Albert. Jangan beritahu burung yang lain, ya sayang!”

Kredit : robmcelhenney

#8. Seorang pegawai polis di Arab Saudi telah menghulurkan sekuntum bunga ros kepada seorang pemandu wanita, yang telah berjaya mendapat lesen memandu, dan pada hari pertama secara sah wanita dibenarkan memandu di atas jalan raya, menurut undang-undang baru Arab Saudi.

Kredit : AjelNews24

#9. Warga emas berusia 72 tahun ini akan membawa potret isterinya di tepi pantai tempat di mana mereka telah jatuh cinta, pada setiap pagi selama tujuh tahun sejak isterinya meninggal dunia.

Kredit : Khaleeasi24

#10 Lelaki ini telah memandu Uber selama 15 jam setiap hari sejak beberapa tahun, sehingga akhirnya dia menyedari impiannya ialah membuka sebuah restoran. Hari ini, dia telah berjaya mendapat ijazah kulinari yang diidamkan.

Kredit : Klekto123

#11. Rakan sekelas para pelajar yang menamatkan pengajian dengan salah seorangnya berusia 92 tahun. Jiwa yang kental dan hebat!

Kredit : Chasep7

#12. Pengutip sampah sedang berehat dan melepaskan stres

Kredit : AlexanderBlum

#13. Anjing ini menepuk dan berkata, “Kamu telah menyelamatkan nyawa saya. Jika kamu tidak datang, saya mungkin telah mati di pusat perlindungan haiwan itu!”, sambil bersandar manja di bahu pemilik barunya.

Kredit : Schenley Hutson Kirk

#14. Ini adalah rupa sebenar bagaimana seorang hero yang berusaha keras sedang berehat. Kesemua pemain bola sepak remaja Thai yang terperangkap di dalam Gua Tham Luang telah berjaya diselamatkan hasil kerja keras mereka selama 17 hari.

Kredit : Ahubofmyown

#15. Seorang pelajar sekolah tinggi di Texas ini telah kehilangan ibu tersayang akibat kanser. Rakan-rakan sekolahnya telah berkumpul memberikannya sokongan yang padu dan sebagai tanda bersedih bersamanya.

Kredit : beet111

Sumber : Bored Panda

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds