Keluarga Smith dari Pittsburg, Pennsylvania hanya sebuah keluarga berpendapatan sederhana yang bekerja keras demi memastikan keperluan setiap ahli keluarga dapat dipenuhi.

videoPlayerId=e6ababc4d

Ad will display in 09 seconds

Ketua keluarga, Ricky Smith memiliki tiga pekerjaan iaitu di Restoran McDonald’s, Popeye’s dan Circle K, semata-mata untuk memenuhi segala keperluan asas keluarganya. Walaupun Ricky sentiasa bekerja keras, perbelanjaan keluarganya masih tidak mencukupi.

Kredit : Facebook

Suatu hari, anak perempuan remaja Ricky, Nevaeha memerlukan sepasang baju gaun untuk menghadiri majlis prom dan tarian di sekolah tinggi. Dan bapa ini berasa risau kerana beliau tidak dapat menyediakan wang yang mencukupi untuk tujuan itu.

Namun Ricky membawa Nevaeha pergi membeli belah untuk melihat gaun pilihannya. Nevaeha menjumpai sepasang gaun yang cantik seperti yang diimpikan, dan berasa amat sesuai untuk dipakai dalam majlis tari-menari itu nanti. Apa yang menjadi masalah ialah harganya yang tidak mampu dibayar oleh Ricky, iaitu hampir RM800 sepasang.

Kata Ricky, “Harganya itu macam tidak mampu dibayar, dan saya tidak pasti, tetapi tidak mengapa, saya akan cuba lakukan sesuatu.” Selepas melihat gaun cantik tersebut tetapi tidak mampu dibayar oleh bapanya, Nevaeha meletakkan ia semula di tempatnya dan beredar dengan perasaan hampa.

Kredit : Facebook

Melihat wajah hampa anak perempuannya, Ricky tidak sampai hati, lalu telah membuat keputusan untuk bekerja keras tidak kira dengan cara apa sekali pun untuk mendapatkan gaun impian Nevaeha, sebelum majlis tari-menari itu tiba.

Dalam diam, Ricky telah berjumpa dengan ketiga-tiga orang majikannya dan meminta mereka memberinya apa-apa kerja lebih masa supaya dia boleh menambah pendapatan. Ricky bekerja bersungguh-sungguh untuk mengumpulkan wang demi membeli gaun kegemaran anak perempuan kesayangannya, Nevaeha. Tiba masa apabila wang itu mencukupi, Ricky telah kembali ke kedai pakaian tersebut dan membeli gaun impian Nevaeha.

Tetapi, Ricky mahu membuat kejutan dan tidak mahu memberitahu Nevaeha.

Sebaliknya, Ricky memberitahu anak gadisnya ini yang dia telah menemui gaun cantik kepunyaan nenek Nevaeha yang masih boleh dipakai. Ricky telah mengatur supaya Nevaeha bertemu dengannya di Restoran McDonalds, tempatnya bekerja pada hari itu, supaya Nevaeha boleh melihat dan mengambil ‘gaun cantik nenek’ ini di situ.

Kredit : Facebook

Menerusi rakaman video ini, kita dapat melihat wajah Nevaeha yang tidak teruja langsung untuk mengambil gaun kepunyaan neneknya ini. Ricky hanya tersenyum dan berkata, “Dalam fikirannya pastilah dia tidak berkenan untuk memakai gaun yang pernah dipakai oleh orang tua.”

Nevaeha hanya memandang dengan wajah yang hampa lagi kecewa apabila melihat bapanya membawa sepasang ‘gaun nenek’ yang dibungkus rapi. Akan tetapi, apabila ia dibuka , dengan serta merta kita dapat melihat wajah Nevaeha yang berubah kerana terkejut.

Kredit : Facebook

Ini merupakan satu kejutan yang sangat istimewa daripada seorang bapa penyayang!

Kita dapat melihat betapa gembiranya hati seorang anak apabila seorang bapa dapat merealisasikan impiannya walaupun dia sendiri mengetahui bahawa bapa ini sebenarnya tidak mampu untuk menyediakan keperluan itu.

Perasaan ini yang telah membuat Nevaeha berasa sangat terharu sehingga menangis tanpa henti sambil memeluk erat bapa kesayangannya, Ricky. Betapa bersusah payah bapanya telah bekerja mengumpulkan wang demi untuk membelikan gaun cantik kegemarannya.

Kredit : Facebook

Apabila Nevaeha mengenakan gaun putih dengan skirt berbunga, sememangnya ia amat sesuai dan cantik. Amat berbaloi apabila kita bekerja keras demi mendapatkan hadiah yang akan dihargai oleh anak-anak dan diingati sampai bila-bila. Lihat sahaja senyuman manis dan gembira pada wajah anak remaja ini…

Kredit : Facebook

Rasa tanggungjawab dan kasih sayang seorang bapa itu mampu menukar rasa kekecewaan seorang anak menjadi curahan kasih sayang serta rasa bersyukur yang teramat sangat.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds