Rakaman video kamera litar tertutup di dalam tren ini pasti akan menyentuh hati anda dan pada masa yang sama akan mempersoalkan apa yang sudah terjadi kepada sikap segelintir daripada kita di Malaysia.

Seorang netizen Ally Iskandar yang merupakan penyampai dan hos selebriti di TV3  telah memuat naik satu rakaman CCTV yang kini menjadi tular di Facebook. Rakaman ini memaparkan seorang penumpang wanita hamil yang baharu sahaja memasuki tren MRT semasa tempat duduk telah dipenuhi para penumpang. Wanita hamil ini berdiri sambil kelihatan dua orang wanita, tiga orang lelaki dewasa dan seorang budak lelaki, pelajar sekolah, yang sedang duduk di tempat duduk kiri dan kanan.

Kredit : Ally Iskandar / Facebook

Perkara asas yang perlu diketahui dan difahami apabila melihat seorang wanita hamil, ialah seorang dewasa yang berhemah pasti akan bangun dan memberikan tempat duduknya, tetapi tidak bagi orang dewasa di dalam rakaman CCTV ini. Penumpang yang lain bertindak terus bermain telefon pintar dan ada yang tidak memberikan sebarang reaksi dan fikiran.

Kemudian, kelihatan budak lelaki berkaca mata yang sedang duduk di tempat duduk tengah telah bangun dan menawarkan tempat duduknya kepada wanita hamil ini.

Kredit : Ally Iskandar / Facebook

Video ini telah menjadi tular di halaman Facebook.

Walaupun tiada penumpang lain yang memberikan perhatian kepada wanita yang mengandung tersebut, tidak mengapa, apa yang penting budak lelaki ini mempunyai akhlak dan sikap yang baik, memberi contoh dan teladan kepada kita semua.

Kredit : Ally Iskandar / Facebook

Seorang netizen berkata, “Anak ini akan membesar menjadi seorang suami dan bapa yang baik kerana dia sudah memahami bagaimana untuk menghormati dan melayan wanita dan ibu sejak usianya yang masih muda. Ibu bapanya telah mendidik anak ini dengan begitu baik sekali.”

Melihat kepada uniform sekolah yang dipakainya, kita dapat melihat budak lelaki ini merupakan seorang pengawas di sekolah. Sikapnya patut menjadi kebanggaan ibu bapa, guru dan sekolah serta perlu dicontohi oleh semua pelajar yang lain dan kita semua!

Kredit : Ally Iskandar/ Facebook

Dan rupa-rupanya, rakaman CCTV ini hanyalah satu video eksperimentasi sosial yang dihoskan oleh Ally Iskandar, dengan tujuan untuk memberi peringatan kepada masyarakat umum akan pentingnya sikap keprihatinan kepada golongan yang lebih memerlukan. Pentingnya sikap bertimbang rasa di dalam kehidupan seharian tidak kira di mana kita berada!

Lihat video eksperimentasi sosial ini di bawah.

Kredit : Ally Iskandar / Facebook

Sumber : Ally Iskandar / Facebook, World of Buzz

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds