Anjing adalah antara haiwan yang paling pintar di dunia. Walaupun tahap kepintaran mereka berbeza mengikut baka atau spesies, namun kebiasaannya mereka mudah mempelajari kemahiran baru dan memberikan tindak balas yang sangat cepat terhadap arahan daripada manusia.

videoPlayerId=82117c4ec

Ad will display in 09 seconds

Menurut kajian kepintaran terhadap anjing, anjing mempunyai kebolehan mental sama seperti kanak-kanak berumur dua tahun. Kajian ini berdasarkan kepada ujian perkembangan bahasa, yang mana menunjukkan anjing mampu mempelajari 165 perkataan, termasuk isyarat dan bahasa badan. Namun, terdapat juga anjing yang mampu mempelajari 250 perkataan.

Baka atau spesies anjing yang paling pintar menurut kajian oleh pakar dan profesor emeritus di University of British Columbia, Stanley Coren, adalah Border collies, poodles, dan German shepherd. Antara bukti yang menunjukkan anjing adalah haiwan pintar adalah mereka dijadikan sebagai pembantu pihak berkuasa seperti polis dan kastam dalam mengesan penjenayah dan juga dadah.

Video ini mungkin boleh dijadikan sebagai bukti bahawa anjing merupakan haiwan yang pintar.

Video menunjukkan seekor ibu anjing berbaka Siberian Husky sedang mengajar anak-anaknya yang sangat comel cara bagaimana untuk melolong.

Anak-anaknya kelihatan mengikut ibu mereka menyalak dan mereka juga kelihatan sangat gembira mempelajari kebolehan baru tersebut.

Sumber: DogHeirs Team

 

 

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds