Setiap tahun, orang dari seluruh dunia melawat Monterey Bay untuk melihat pemandangan yang indah dan kehidupan marin di perairan pesisir pantai California. Biasanya, ia melibatkan perjalanan sehari ke Monterey Bay Aquarium atau menempah bot untuk bersiar-siar di sekitar pantai.

Kredit: Facebook

Baru-baru ini, seorang wanita dan rakannya sedang berkayak berdekatan dengan Moss Landing. Ketika mereka sedang menikmati permandangan indah, tiba-tiba muncul seekor memerang laut berdekatan dengan kayak mereka. Ia kelihatan seperti berminat untuk mengetahui apa yang mereka sedang lakukan.

Kredit: Facebook

Perkara yang mengejutkan berlaku apabila ia mengangkat punggungnya yang berbulu untuk naik ke atas kayak mereka, kemudian duduk di atas kayak tersebut seperti tiada apa-apa yang berlaku. Bapa wanita tersebut, Bob Resnik, memuat naik video itu di laman Facebooknya, mengatakan anak perempuannya telah mengambil “penumpang”, tetapi mungkin perkara yang lain sedang berlaku di sini. Ia mungkin mahu melihat dunia daripada perspektif yang berbeza sekali-sekala. 

Kredit: Facebook

Wanita tersebut dan rakannya hanya mampu ketawa melihat gelagat memerang laut tersebut yang sedang mengibas air dan menggosok wajahnya. Ternyata, ia telah memberi mereka satu pengalaman yang baru.

Kredit: Facebook

Nampaknya, ia berminat dengan kasut perempuan tersebut. Perempuan tersebut menghalang memerang laut tersebut daripada mengambil kasutnya sambil berkata “Itu kasut saya!”. Yang melucukan, dia melayan memerang laut tersebut seperti melayan seekor anak anjing.

Kredit: Facebook

Nasib baik memerang laut tersebut meletak kembali kasut itu di atas kayak. Tonton gelagat lucu memerang laut ini dalam video di bawah:

Kredit: Bob Resnik/Facebook

Sumber: InspiremoreBob Resnik/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds