Bermain permainan video adalah salah satu kegemaran utama oleh kanak-kanak pada masa kini, tetapi bermain secara berlebihan sudah tentu boleh memudaratkan kesihatan.

Satu laporan menyatakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun berasal dari Filipina mengalami serangan kekejangan muka selepas dikatakan bermain permainan video secara berlebihan. John Nathan Lising, biasanya menghabiskan masanya dengan bermain permainan video hampir sembilan jam sehari. Secara tiba-tiba dia mengalami masalah kekejangan muka yang tidak terkawal pada 23 Julai 2018. Matanya dilaporkan berkelip dan bibirnya berkumat kamit tanpa henti.

Sumber: Daily Mail

Ibu bapanya yang berada dalam usia lingkungan 40-an membawa anak lelaki mereka ke hospital terdekat. Walau bagaimanapun setelah melakukan pemeriksaan imbasan CT, doktor mendapati bahawa bahagian otak John tidak menunjukkan sebarang punca dan otaknya dalam keadaan baik.

Walaupun laporan perubatan tidak menunjukkan bahawa John menderita kekejangan wajah akibat ketagihan permainannya, para doktor menasihatkan ibu bapanya agar menyimpan dan menghadkan penggunaan telefon pintar atau tablet padanya.

Kredit: Netizen Watch/Youtube

Doktor kemudiannya mendedahkan bahawa gejala-gejala itu sangat mirip dengan gangguan yang dinamakan “Focal Seizure”, yang merupakan sejenis gangguan yang mempengaruhi hanya separuh daripada otak. Walau bagaimanapun, doktor mengakui bahawa mereka tidak dapat mendiagnosis keadaan sebenar John kerana tidak ada cukup bukti untuk mengetahui punca keadaannya.

Sumber: Daily Mail

Walau bagaimanapun, bapa John, Edgar, sangat yakin bahawa ketagihan anaknya yang kerap bermain permainan telefon pintar membawa kepada punca utama dia diserang secara tiba-tiba.

Satu minggu kemudian selepas kejadian, walaupun John telah berhenti bermain permainan video, dia masih mengalami beberapa kekejangan muka setiap 20 atau 30 minit. Membuatkan ibu bapanya berasa bimbang dan kemudian memutuskan untuk membawa John ke hospital lain untuk mendapatkan pendapat kedua mengenai keadaan anak mereka.

Sumber: Daily Mail

Setelah melakukan imbasan elektroencephalogram (EEG) pada John, doktor mendapati bahawa otak John sihat. Mendengar pada pendapat kedua, Judee, ibu John, berasa tidak berdaya kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk membantu anak mereka yang kasihan itu.

“Anak saya benar-benar menderita dan kita tidak tahu apa yang boleh kita lakukan sekarang.”

“Dia akan menonton kartun di TV sebaik sahaja dia bangun. Kemudian, apabila dia pulang dari sekolah dia akan meluangkan masa bermain permainan di telefon pintar atau tabletnya bermula dari jam 3 petang hingga tengah malam.”

Sumber: Daily Mail

Menurut ibu kanak-kanak lelaki itu, para doktor mengatakan bahawa keadaannya disebabkan penggunaan alat gajet yang berlebihan. Ibunya telah memastikan bahawa mereka akan menghentikan anak mereka daripada menggunakan telefon pintar dan tablet untuk bermain permainan video.

Keadaan budak lelaki itu agak menakutkan! Walaupun tidak ada petunjuk khusus seperti simptom bahawa keadaan budak itu adalah disebabkan oleh bermain permainan video secara berlebihan. Adalah lebih selamat untuk mengelakkan daripada bemain secara berlebihan, cukuplah hanya meluangkan masa selama 30 minit sahaja.

Sumber: Daily Mail, World of BuzzNetizen Watch/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds