Ramai netizen di Intagram memuji kanak-kanak Nigeria berusia 5 tahun sebagai ‘perempuan tercantik dunia’. Kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh kanak-kanak ini membuatkan mereka terpesona dan gambarnya telah menarik ribuan komen dan ‘likes‘.

Gambar kanak-kanak ini telah dimuat naik secara atas talian oleh Mofe Bamuyiwa yang merupakan jurugambar di Lagos, Nigeria. Melalui salah satu hasil gambar yang dirakam oleh Bamuyiwa, dia menghuraikan bahawa Jare, kanak-kanak tersebut sebagai ‘malaikat’.

“Ya, dia adalah manusia! Dia juga adalah malaikat,” salah satu kapsyen Bamuyiwa.

Menurut Bamuyiwa, dia meletakkan gadis muda ini dalam posisi yang matang sebagai percubaan untuk menggambarkan bahawa ‘pemintasan zaman kanak-kanak dan zaman remaja’ tidak makan dek zaman.

Katanya lagi, dia boleh sahaja meminta Jare senyum atau ketawa riang tetapi dia memilih untuk mengekalkan keadaan semula jadi supaya semua orang boleh melihat kecantikan tersebut dari matanya.

Bamuyiwa juga berharap agar Jare yang ketika ini berusia 5 tahun akan ingat untuk merakam semula gambarnya dengan “posisi dan gaya yang sama” ketika dia berusia 21 tahun kelak.

Bukan Bamuyiwa sahaja yang terpesona akan kecantikan yang dimiliki oleh kanak-kanak ini, malah netizen lain juga turut menyatakan pendapat mereka bahawa Jare adalah patung Barbie yang baharu.

Menurut Bamuyiwa lagi, dua orang adik beradik perempuan Jare iaitu Jomiloju 7 tahun dan Joba 10 tahun turut berkongsi personaliti yang sama.

Semenjak kehadiran Jare menjadi tular di media sosial, ibunya telah membuka satu akaun Instagram untuk Jare dan kakak-kakaknya yang dikenali sebagai The J3 Sisters.

Sumber: EliteReaders

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds